Isteri Dedah Hafiz Suip Lebih Tegas Selepas Kahwin

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 5:45 AM

Kebahagiaan Hafiz Suip dan isterinya, Nureffy Jasreel. Foto dari Instagram Hafiz Suip.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip, 26, berkata suaminya itu lebih serius dan bersikap tegas selepas mereka mendirikan rumahtangga sejak 14 Mei lalu.

Nureffy Jasreel, 23,  berkata, sikap serius Hafiz itu disifatkannya sebagai satu proses kematangan dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.

"Berbeza pada zaman bercinta dulu, Hafiz nampak lebih santai dan kuat bergurau tetapi selepas kami kahwin, satu yang saya perasan dia lebih serius dan terutamanya yang berkaitan pengurusan rumah tangga.

"Biarpun Hafiz bukanlah seorang yang cerewet untuk diuruskan, namun sebagai   isteri saya cuba untuk jadi yang terbaik.

"Kalau dulu saya langsung tidak pandai memasak, kini saya mahu lebih rajin ke dapur untuk belajar memasak," katanya kepada mStar Online.

Hafiz Suip dan isterinya pada Syawal lalu. Foto dari Instagram Hafiz Suip.

Sementara itu, Hafiz ketika ditanya  cahaya mata memberitahu, dia dan isteri tidak pernah merancang soal itu sebaliknya jika diberikan rezeki dalam waktu terdekat ini, mereka terima dengan hati terbuka.

"Buat masa ini masih belum ada apa-apa perkhabaran tentang itu, tetapi kami akan terus berusaha.

"Setidak-tidaknya sambutan raya tahun hadapan, kami sudah bertiga," katanya.

Dalam perkembangan kain, Hafiz berkata dia kini mahu lebih fokus kepada kerjaya seninya di mana dia kini sedang mengumpul material untuk album ketiganya.

Kata Hafiz, album kali ini cuba mengangkat angka tujuh sebagai simbol kejayaan selepas tujuh tahun namanya terpahat dalam dunia seni.

"InsyaAllah saya akan terbitkan sebuah album mini dengan hanya tujuh buah lagu bersempena tujuh tahun penglibatan saya di dalam industri seni.

"Selain saya juga merupakan produk yang diperkenalkan menerusi program Akademi Fantasia musim ke tujuh (AF7)," katanya.

Album yang masih mengekalkan konsep balada dengan sedikit elemen catchy ini dijangka akan menemui peminat pada awal tahun hadapan.

Selain Zul 2 By 2, komposer Halen Yap turut terlibat dalam pembikinan album itu.

Tags / Kata Kunci: Hafiz Suip

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan