Dua Wanita Bukan Melayu Antara 14 Peserta AF2016

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 8:25 PM

Barisan peserta rancangan Akademi Fantasia 2016 (AF2016). FOTO: MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua wanita bukan Melayu antara 14 peserta yang tersenarai dalam rancangan realiti Akademi Fantasia 2016 (AF2016) yang bakal berlangsung pada 21 Ogos depan.

Dua pelajar tersebut ialah Kareshma Martin John Patrick, 18, dan Jasper James Supayah, 23.

Manakala, lima peserta wanita lain ialah Nur Hafizah Longkip, 23, Nurfarrah Izzatie Johari, 19, Nurul Rahils Rashun, 20, Isyariana Che Azmi, 26, , Siti Aishah Abdul Razak, 20.

Sementara tujuh lelaki yang dipilih menyertai AF2016 pula terdiri daripda, Mohamad Ammal Shafiq , 21, Amir Syazwan Masdi, 20, Muhammad Ikram Kamaruzzaman, 26, Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, 24, Azarul Rais Mansor, 22, Halmy Hamizan, 23, dan Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan, 23.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, 10 pelajar dipilih menerusi uji bakat digital, manakala empat orang daripada uji bakat yang berlangsung selama tiga hari pada Julai lalu di The Boulevard - St Premier Hotel, Mid Valley di sini.

Pasa pesrta bergambar dengan pihak penaja dan wakil Astro.
"Berdasarkan uji bakat tempoh hari, kami menerima banyak penyertaan dalam bentuk digital iaitu di laman sosial dan kami telah panggil mereka ke Kuala Lumpur untuk melalui saringan yang dibuat juri profesional.

"Alhamdulillah, selain berkebolehan, kesemua mereka boleh menyanyi dengan baik, memiliki pakej dan karisma yang cukup unik untuk diketengahkan," katanya pada majlis pelancaran tersebut di Soju Sunway di sini pada Selasa.

Pada majlis tersebut barisan tenaga pengajar turut diperkenalkan terdiri daripada Edry Abdul Halim (Pengarah Seni Muzik), Linda Jasmine (Guru Tarian & Koreografer) manakala Shahrolbahri bertindak sebagai Guru Vokal.

Dalam pada itu pelawak Zizan Razak sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pengacara konsert mingguan sementara Dahlia Syazwan, Hazeman Huzir dan CK Faizal sebagai pengacara Diari AF 2016.

Rutin harian pelajar di akademi dapat ditonton menerusi Diari AF pada setiap Isnin sehingga Jumaat pada pukul 6.30 petang bermula 15 Ogos ini.

Konsert Mingguan AF2016 pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, pukul 9 malam, bermula 21 Ogos depan.

Ia akan bersiaran menerusi saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).
Tags / Kata Kunci: AF2016

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan