Enggan Layan Karenah Artis, 'Mawar Putih' Filem Akhir Mak Nani

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 5:30 AM

Rosnani Jamil mengambil keputusan mengundurkan diri daripada industri seni. Foto ART CHEN

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem veteran iaitu Datuk Rosnani Jamil memberitahu salah satu faktor dia mengambil keputusan mengundurkan diri daripada industri seni adalah kerana enggan melayan karenah artis baharu.

Rosnani atau lebih mesra digelar Mak Nani, 80, berkata, dia tidak mahu untuk berhadapan dengan segelintir artis baharu yang kurang berdisplin dan tidak memberi komitmen kepada produksi.

"Mawar Putih merupakan filem terakhir saya, banyak perkara yang saya sedar, pelbagai sudah berubah dan tidak seperti dahulu lagi.

"Selain teknik penggambaran yang semakin canggih, saya juga tidak mahu melayan perangai segelintir artis yang terlalu banyak hal, cukuplah dalam filem akhir ini sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Rosnani ditemui pada sesi fotografi bersama pelakon-pelakon filem Mawar Putih iaitu Triestan Aprilian, Adli Eddynor dan Herdawatie.

Turut berlakon dalam filem berkenaan ialah Reen Rahim, Arja Lee, Datuk Tamimi Siregar dan Syanie.

Rosnani (tengah) bersama Adli Eddynor (kanan),Triestan Aprilian dan Trisha.

Bagaimanapun, Rosnani berkata, dia akan sentiasa mengikuti perkembangan industri seni dan memberi sokongan dari jauh.

"Saya sudah lama fikirkan untuk berundur dan sebelum itu saya mahu memberi satu buah tangan terakhir kepada peminat dan industri supaya akan terus diingati.

"Sekurang-kurangnya pada usia 80 tahun ini saya bangga masih dapat berkarya.

"Filem Mawar Putih ini pastinya berbeza dan mempunyai keunikan tersendiri berbanding filem-filem lain di pawagam," ujarnya.

Bercerita tentang filem Mawar Putih, dia memulakan penulisan skrip selepas pemergian suami tercinta Allahyarham Datuk Jamil Sulong pada 25 September 2014.

Pelakon filem Sri Mersing ini berkata, dia mengubati rasa kekosongan dan kesedihan tersebut dengan penulisan dan pembikinan filem Mawar Putih.

Rosnani mengeluarkan bajet sebanyak RM1 juta untuk menghasilkan filem terbaharunya.

"Sejak suami saya meninggal saya mula menulis skrip Mawar Putih bagi mengisi kekosongan dan kesedihan saya.

"Selepas itu saya keluar duit simpanan sendiri kira-kira RM1 juta untuk menghasilkan filem ini.

"Apa yang saya mahukan dalam filem ini ialah kepuasan dalam berkarya, saya mahu berkongsi dengan peminat-peminat yang menyokong kerjaya saya selama ini," ujarnya.

Tambahnya, dia bersyukur apabila dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang sebulan proses penggambaran yang dilakukan pada tahun lalu.

"Saya tahu anak-anak bimbang dengan kesihatan dan tekanan yang bakal diterima tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kesihatan saya juga baik cuma tidak pantas seperti dahulu.

Filem Mawar Putih bakal menemui penonton pada 18 Ogos ini.

"Saya buka dunia pengarahan dahulu dengan sesuatu yang indah iaitu filem Mawar Merah jadi, biarlah saya tutup dengan sesuatu yang bersih, iaitu filem Mawar Putih," ujarnya.

Filem ini mengisahkan sebuah keluarga bangsawan yang mempunyai seorang anak gadis yang cantik dan bekerjaya namun gadis tersebut jatuh cinta dengan lelaki tidak sedarjat dengannya.

Lagu tema untuk filem ini dinyanyikan oleh penyanyi baharu Tiesha menerusi lagu Kamar Rindu dan Kau Yang Ku Panggil Cinta.

Filem Mawar Putih ini bakal ditayang di pawagam bermula 18 Ogos ini.

Tags / Kata Kunci: Mawar Putih , Rosnani Jamil

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan