Malang Nasib Che Ta, Kereta Vellfire Hilang Dicuri

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 12:19 PM

Rozita Che Wan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketika pelakon Rozita Che Wan teruja bercerita mengenai pelantikannya sebagai duta produk dengan pendapatan jualan RM80,000 sehari, wanita itu menerima nasib malang selepas menyedari kereta jenis Toyota Vellfire warna hitam miliknya telah hilang dipercayai dicuri.

Pengurusnya, Afiq Wahab memberitahu, Rozita menyedari kejadian berkenaan apabila dia hendak keluar dari rumahnya di USJ Subang dekat sini pada Selasa.

Inilah kereta Vellfire yang dikatakan hilang.
"Kereta Vellfire berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WWQ93 itu diparkir sejak malam tadi di kawasan kediaman mereka di USJ Subang dan pagi tadi ketika hendak keluar kereta berkenaan disedari hilang.

SILA KLIK: Raih RM80,000 Sehari, Che Ta Enggan Guna Taktik Murahan Jual Produk

"Dia minta agar orang ramai dapat viralkan perkara ini dan bantu mencari kereta berkenaan," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Afiq berkata, pelakon itu kini berada di balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

Kereta berkenaan dianggarkan berharga lebih RM200,000.
Tags / Kata Kunci: Rozita Che Wan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan