Taufik Batisah Ingin Ikut Jejak Aaron Aziz, Hisyam Hamid

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2016 5:50 AM

Taufik Batisah ingin mengikut jejak langkah rakan senegaranya iaitu Aaron Aziz dan Hisyam Hamid untuk mengembangkan karier lakonannya di Malaysia. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi kelahiran Singapura Taufik Batisah ingin mengikut jejak langkah rakan senegaranya seperti Aaron Aziz dan Hisyam Hamid mengembangkan karier lakonannya di Malaysia selepas muncul dengan filem pertama berjudul Dukun Doktor Dani.

Taufik, 35, berkata, dia sentiasa terbuka menerokai cabang seni itu dan menjadikan dua pelakon terkenal itu sebagai pemangkin semangat untuk berjaya dalam bidang lakonan.

"Saya cukup kagum dengan pencapaian rakan senegara saya seperti Aaron dan Hisyam yang kini antara nama terkenal dalam bidang lakonan di Malaysia.

"Alhamdulillah peluang diberikan untuk muncul dalam Dukun Doktor Dani adalah permulaan buat saya untuk terus mengembangkan karier di negara ini.

Taufik bakal muncul dengan filem keduanya iaitu Soulmate.
"Mereka adalah contoh yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk mencuba sekiranya diberi lebih banyak peluang selepas ini," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Taufik berkata, sebagai pelakon baharu dia tidak kisah sekiranya perlu bermula daripada asas kerana ia satu proses pembelajaran untuknya.

Malah katanya, menerusi Dukun Doktor Dani dia banyak mempelajari selok-belok menjadi pelakon yang baik hasil daripada tunjuk ajar pengarahnya, Sabri Yunus.

"Abang Sabri banyak mengeluarkan sisi lain dalam diri saya yang ada sesetengahnya saya sendiri pun tidak tahu ia ada.

"Dia seorang yang tidak lokek ilmu dan sentiasa memberi tunjuk ajar ketika berada di set penggambaran," katanya yang teringin melakonkan watak antagonis.

Sementara itu, Taufik tidak menolak kemungkinan untuk berhijrah atau menetap lebih lama di Malaysia sekiranya mendapat tawaran berlakon lebih banyak.

"Buat masa sekarang saya memang menetap di Singapura dan berulang-alik ke Kuala Lumpur sekiranya ada undangan nyanyian.

"Insya-Allah jika ada tawaran lebih banyak dalam lakonan pada masa hadapan mungkin saya pertimbangkan untuk menetap lebih lama di negara ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Taufik berkata, dia bakal tampil dengan filem keduanya berjudul Soulmate bergandingan dengan Erra Fazira dan Raja Ilya yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.
Tags / Kata Kunci: Taufik Batisah , Dukun Doktor Dani

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan