Tercalon FFM28, Mas Khan Harap Karier Lebih Menyerlah

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2016 5:40 AM

Mas Khan tidak menyangka tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Baharu Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM 28). Foto AZHAR ARIF

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Mas Khan berharap pencalonan diterimanya menerusi kategori Pelakon Lelaki Baharu Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) dapat membuka ruang lebih besar kepada karier lakonannya selepas ini.

Tidak mengharapkan kemenangan, Mas atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan, 22, sebaliknya berkata, pencalonan tersebut sudah cukup besar kepadanya dan ia bukti kehadirannya dalam bidang seni bukan sekadar tempelan semata-mata.

"Kalah atau menang tidak menjadi tumpuan saya kerana pencalonan itu sendiri sudah cukup besar ertinya kepada saya kerana saya pun masih baharu dalam bidang lakonan.

Mas bakal melancarkan karier nyanyian apabila menyertai kumpulan Carla.
"Apa yang saya harapkan daripada perkara itu adalah harap-harap selepas ini penerbit dan pengarah drama atau pun filem lebih beri perhatian kepada saya kerana masih banyak yang ingin saya pelajari dalam bidang ini.

"Saya tidak kejar populariti cukuplah ada orang tahu kehadiran saya dan beri peluang kerana lakonan adalah minat saya," katanya kepada mStar Online.

Mas mendapat pencalonan tersebut hasil daripada lakonannya menerusi filem Biasan yang menggandingkannya dengan aktres Lana Nodin.

Menerusi kategori sama turut tercalon adalah Keith Foo (Girlfriend Kontrak), Adam Shahz (Juvana 2), Che Amar (Chowrasta) dan Saran Kumar (Ola Bola).

Malam kemuncak FFM28 bakal berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 3 September depan.

Dalam pada itu, Mas berkata, dia langsung tidak menjangkakan namanya tercalon pada festival berkenaan namun menganggap ia sebagai rezeki.

Kata Mas, walaupun Biasan gagal menarik penonton ke pawagam namun sebagai pelakon dia telah memberikan yang terbaik dan ia turut membawa sama nama filem berkenaan.

"Sebagai pelakon saya sudah berikan terbaik dalam filem berkenaan dan Alhamdulillah usaha saya terbayar apabila nama tercalon.

"Saya memang langsung tidak menyangka kerana saya masih baharu dalam industri dan pencalonan ini memberikan saya semangat untuk terus mengukir nama dalam industri," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mas berkata, dia bakal muncul dengan kumpulan nyanyian iaitu Carla yang menggandingkannya bersama tiga lagi penyanyi iaitu pelakon Ariff Aziz, Niel dan bekas peserta program The Voice Indonesia, Joan Allan.

Kata Mas, dia dipelawa menyertai Carla selepas mendapat panggilan daripada penyanyi dan komposer Awi Rafael baru-baru ini.

"Pada awalnya saya ingatkan dia melawak tetapi dia serius dan minta saya datang uji bakat dan Alhamdulillah diterima menyertai band berkenaan," katanya.

"Saya sebelum ini pernah merakamkan lagu berjudul Tidakku Sangka yang digunakan sebagai lagu tema filem Biasan dan nyanyian adalah salah satu cabang seni saya minati.

"Carla bakal menampilkan konsep seperti kumpulan One Direction tetapi dengan acuan kami sendiri," jelasnya.

Tambah Mas, mereka sudah pun merakamkan single pertama berjudul Bukanlah dan ia akan dilancarkan dalam waktu terdekat.
Tags / Kata Kunci: Mas Khan , FFM 28 , Carla

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan