Neelofa Muat Naik Video Rumah Baharu Tiada Niat Menunjuk

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon Neelofa memberitahu dia memuat naik video yang memaparkan ruang dalam rumah baharunya bukan untuk menunjukkan kemewahan yang dimiliki.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 27, berkata, ia adalah hak peribadi yang dirasakan tidak keterlaluan untuk dikongsikan kepada umum.

"Orang tidak tahu lokasi rumah itu jadi tiada masalah keselamatan pun kalau saya kongsi di media sosial.

"Saya berhak untuk berkongsi apa sahaja di laman sosial peribadi.

"Jika tidak di kongsi di Instagram sekalipun, saya tetap akan kongsi tentang rumah saya itu di laman youtube Ilofayou," ujarnya.

Neelofa menjelaskan tindakannya memuat naik video rumah baharunya yang sudah siap diubah suai di laman sosial Instagram beberapa hari lalu.

Neelofa bersama ibu dan adik beradiknya di majlis rumah terbuka pada Sabtu.

Pelakon filem Azura 2011 ini ditemui pada majlis rumah terbukanya yang diadakan di De'Gouffron, di sini, Sabtu.

Dalam pada itu, Neelofa berkata, rumah berkenaan sudah siap sepenuhnya dan boleh diduduki setelah hampir setahun ia diubah suai.

Dia juga bakal berpindah ke rumah tersebut dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, Neelofa berkata, dia bakal kembali ke bidang lakonan selepas tiga tahun berehat.

Katanya, dia bakal memulakan penggambaran drama 16 episod berjudul Suri Hati Mr Pilot pada 21 Ogos ini.

"Insya-Allah sebelum menunaikan haji pada 5 Ogos, saya akan selesaikan penggambaran drama Suri Hati Mr Pilot bersama Fatah Amin di bawah arahan Micheal Ang.

"Saya memang sudah rancang untuk berlakon drama episod sejak awal tahun ini tapi terlalu sibuk dengan bisnes.

"Alhamdulillah, ini adalah masa yang sesuai untuk saya kembali ke bidang lakonan," ujarnya.

Terdahulu, dalam majlis yang sama, Neelofa mengumumkan bakal menunaikan ibadah haji bersama ibu dan bapanya pada 5 September depan.
Tags / Kata Kunci: Neelofa

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan