Maher Zain Ambil Masa 2 Tahun Rakam Album 'One'

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 5:00 AM

Maher Zain

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi kelahiran Lubnan, Maher Zain memberitahu dia mengambil masa agak panjang kira-kira dua tahun bagi menyiapkan album penuh ketiganya berjudul One.

Maher, 36, berkata , banyak perkara yang berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang menyebabkan album tersebut tergendala.

“Saya sangat gembira dan bersyukur kerana album ketiga saya ini berjaya dilancarkan baru-baru ini.

"Ia merupakan penantian yang agak lama, walau bagaimanapun saya berharap ianya berbaloi.

"Banyak perkara yang berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini  dan saya bersyukur dapat mengadakan persembahan di seluruh dunia dan bertemu dengan ramai orang-orang yang hebat,” ujarnya.

Maher lancar album baharu berjudul One.

Dalam pada itu, Maher berkata, album yang memuatkan sebanyak 15 lagu itu dirakam di beberapa negara termasuk Sweden, United Kingdom, India, Turki, Mesir, Maghribi dan Afrika Selatan.

Tambahnya, dia turut bekerjasama dengan beberapa artis luar negara seperti  Amakhono We Sintu penyanyi dari Afrika Selatan menerusi lagu yang dijangka hit iaitu The Power.

Selain itu album ini turut menampilkan artis dari Turki iaitu Mustafa Ceceli dalam lagu The Way Of Love dan artis Maghribi bernama Issam Kamal dalam lagu Good Day.

“Dalam proses pembikinan album ini saya mengembara ke beberapa tempat yang menakjubkan seleuruh dunia.

“Di situlah saya mendapat inspirasi dan ilham bagi menghasilkan lagu-lagu dalam album terbaru ini, saya juga berpeluang untuk bekerjasama dengan artis dari negara lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, tambahnya, judul One dipilih kerana apa yang memotivasikan kita semua dalam hasil kerja kita ialah atas satu kepercayaan kepada satu tuhan, satu dunia dan kesatuan dalam kemanusiaan.

Album ini diterbitkan dalam 3 versi berbeza untuk pasaran dunia iaitu versi Bahasa Arab, versi Bahasa Turki dan versi antarabangsa berbahasa Inggeris yang juga dipasarkan di Malaysia.

Selain pasaran digital, album ini boleh didapati dipasaran dalam bentuk CD audio dengan harga RM27.90 edaran eksklusif Inteam Records Sdn Bhd.
Tags / Kata Kunci: Maher Zain

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan