Raja Ilya Tolak Undangan Menyanyi Di Istana - Berita Hiburan | mStar

Raja Ilya Tolak Undangan Menyanyi Di Istana

Diterbitkan: Sabtu, 6 Ogos 2016 5:00 AM

Raja Ilya bakal rakam single pertama tidak lama lagi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Raja Ilya memberitahu dia terpaksa menolak beberapa undangan melakukan persembahan nyanyian termasuk di Istana selepas menyertai program realiti Gempak Superstar pada Mei lalu.

Raja Ilya, 31, berkata, buat masa ini dia belum bersedia membuat persembahan pentas sebagai seorang penyanyi profesional terutama di majlis-majlis besar.

"Selepas program itu saya ada diundang untuk menyanyi di program-program televisyen, saya terima kerana tidak terlalu ramai penonton, itu pun saya tanya penerbit beberapa kali sama ada mereka benar-benar mahu saya menyanyi.

"Selepas itu, beberapa persembahan yang berskala besar pula saya terima dan terpaksa tolak dengan baik kerana tidak bersedia. Salah satunya undangan nyanyian daripada pihak Istana bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri," ujarnya kepada mStar Online.

Raja Ilya

Sementara itu, Raja Ilya berkata, dia tidak menyangka bayaran yang ditawarkan untuk menyanyi lebih tinggi daripada bayaran berlakon sesebuah drama.

Katanya, perkara itu juga membuatkan dia mahu lebih serius dalam bidang nyanyian dan merancang untuk merakamkan single bersama penyanyi terkenal Joe Flizzow dalam masa terdekat.

"Saya tanya berapa bayaran untuk saya menyanyi dan terkejut kerana ia adalah harga saya berlakon. Cuma sekarang saya tidak boleh terima sebab saya perlu persediaan dan masuk kelas vokal terlebih dahulu.

"Insya-Allah, saya juga ditawarkan untuk buat satu single yang turut bekerjasama dengan Joe Flizzow dalam masa terdekat," ujarnya.

Kata Raja Ilya, dia memberi tempoh setahun untuk menyiapkan diri sebagai seorang penyanyi sebelum menerima undangan nyanyian.

Tags / Kata Kunci: Raja Ilya
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan