Elfira Loy Sukar Jumpa Lelaki Untuk Dijadikan Kekasih

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2016 1:09 PM

Elfira Loy kembali aktif berlakon.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Elfira Loy berkata, kehidupannya yang terlalu privasi membuatkan dia sukar menemui mana-mana lelaki untuk dijadikan kekasih.

Menurut Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 22, dia juga tidak bergaul dengan rakan seusianya atau rakan-rakan artis, sebaliknya menghabiskan masa hanya bersama keluarga.

"Sejak kecil kehidupan saya terlalu privasi dan jarang berkenalan dengan lelaki. Saya tidak ada lesen memandu, jadi ke mana-mana akan ditemani ahli keluarga.

"Saya juga tidak bergaul dengan kawan-kawan sebaya atau rakan-rakan artis, jika kelapangan saya hanya keluar bersama adik-beradik sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, ditanya tentang hubungannya dengan pelakon Indonesia, Baim Wong, yang dikaitkan bercinta, kata Elfira, ia hanya gosip semata-mata.

Bagaimanapun, dia berkata, masih berhubung dengan aktor itu atas dasar persabahatan.

"Kalau betul saya bercinta dengan Baim tentu sekarang sudah ke fasa seterusnya, ini tiada apa-apa pun.

"Kami jarang berjumpa tapi masih berhubung kerana dia (Baim) rapat dengan ibu saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Elfira yang sibuk dengan perniagaan kafe Love Me Seven Days memberitahu sudah mula aktif berlakon selepas berehat beberapa bulan.

Namun, dia hanya menerima tawaran berlakon untuk telefilem berikutan masa penggambaran yang singkat.

"Saya sibuk dengan bisnes dan dalam perancangan untuk buka butik tidak lama lagi tapi ia tidak bermakna saya ingin meninggalkan dunia lakonan, sekarang sedang dalam penggambaran telefilem Menantuku Rock.

"Cuma sekarang saya lebih memilih tawaran yang mana lebih sesuai dan siapa saya akan bekerja sahaja," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Elfira Loy

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan