Syazwan Zulkifly Masih Sayang Kekasih Lama

Diterbitkan: Rabu, 3 Ogos 2016 6:00 AM

Syazwan mengakui masih menyayangi bekas teman wanitanya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Syazwan Zulkifly mengakui masih menyayangi bekas teman wanitanya iaitu pengacara Shenty Feliziana walaupun hubungan mereka telah berakhir tahun lalu.

Syazwan, 29, berkata, bukan mudah untuk dia melupakan Shenty dan mengakui pernah menghantar mesej kepada wanita itu untuk bertanya khabar.

"Kisah cinta kami memang telah berakhir tetapi itu tidak bererti saya boleh melupakannya begitu sahaja.

"Ada masanya saya akan menghantar mesej kepada dia sekadar untuk bertanya khabar," katanya kepada mStar Online.

Pada Oktober tahun lalu, Shenty membuat laporan polis selepas mendakwa dia dicederakan oleh teman lelakinya itu selepas ingin berbincang mengenai hubungan mereka.

Syazwan dalam satu kenyataan lain enggan mengulas mengenai perkara itu dan mengambil keputusan mengundurkan diri daripada bidang seni.

Dalam pada itu, Syazwan berkata, pengakuannya masih menyayangi Shenty bukan bererti dia mahu kembali ke pangkuan wanita berkenaan.

Syazwan mengakui ada menghantar mesej untuk bertanya khabar kepada Shenty.

Katanya, mereka kini masing-masing mempunyai kehidupan sendiri dan menganggap kejadian yang berlaku sebelum ini adalah pengajaran terbaik buat dirinya.

"Kami memang tiada apa-apa hubungan lagi dan apa yang terjadi sebelum ini adalah satu pengajaran buat saya.

"Tidak perlu saya menjelaskan secara lanjut tentang kejadian itu kerana rasanya tiada guna saya menegakkan benang yang basah," jelasnya.

Sementara itu, Syazwan berkata, dia tidak pernah berhasrat untuk meninggalkan karier seni seperti dilaporkan sebelum ini dan menganggap kenyataan yang diberikan sebagai salah faham.

Katanya, pada awal kejadian tawaran lakonan memang berkurangan kerana ramai menyangka dia sudah tidak mahu berlakon.

"Alhamdulillah kini kerjaya saya kembali pulih cuma pada awal kejadian itu sahaja kerana orang keliru sama ada saya benar-benar berhenti atau pun tidak.

"Saya tidak akan berputus asa kerana lakonan adalah minat saya dan Alhamdulillah kerjaya saya kembali rancak," katanya.

Tags / Kata Kunci: Syazwan Zulkifly , Shenty Feliziana

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan