Pilihan Semakin Terhad, Syafie Naswip Terima Watak Komedi

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 5:30 AM

Syafie Naswip terima watak komedi - FOTO Shaari Che Mat

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Syafie Naswip memberitahu dia terpaksa menerima tawaran untuk melakonkan watak-watak berunsur komedi berikutan pilihan yang semakin terhad.

Syafie, 24, berkata, dia tidak boleh terlalu memilih, sebaliknya belajar untuk menyesuaikan diri dan mencungkil bakatnya dalam genre komedi yang semakin mendapat perhatian.  

"Sekarang masa sudah berubah dan saya tidak boleh terlalu memilih untuk berlakon naskah yang bagus-bagus sahaja kerana naskah yang bagus belum tentu ramai yang suka tonton.

"Bagi meneruskan kerjaya ini, saya perlu belajar dan terima watak-watak komedi kerana tawaran untuk genre ini terlalu banyak untuk masa sekarang," ujarnya.


Syafie Naswip pegang watak Johan dalam Kampung Drift.


Syafie ditemui selepas pada tayangan filem Kampung Drift, baru-baru ini.

Dia berkata, sebagai pelakon dia juga perlu belajar semua genre lakonan dan bukan hanya tertumpu kepada watak berat semata-mata.

"Saya sentiasa ingat pesanan Shaheizy Sam bahawa sebagai pelakon kita tiada banyak pilihan dan ambil sahaja tawaran yang datang.

"Sama ada cerita itu baik atau buruk kita perlu ikhlas melakukan tanggungjawab itu sehabis baik dan biar penonton yang menilainya.

"Jika naskah itu buruk sekali pun, kita perlu berlakon dengan baik setidak-tidaknya dapat memberi kesan sedikit selepas penonton keluar dari panggung," ujarnya.

Dalam pada itu, Syafie yang melakonkan watak Johan dalam filem Kampung Drift memberitahu dia berasa agak janggal apabila tidak ada kru produksi ketawa ketika babak komedi yang dilakonkannya.

"Saya rasa janggal juga bila buat watak komedi di set tapi tiada orang ketawa. Ia membuatkan hati saya tertanya-tanya sama ada babak itu jadi atau tidak," ujarnya.

Filem Kampung Drift mengisahkan tentang penggembaraan hidup seorang Johan tentang sukan drift, namun minat itu ditentang oleh bapanya Acai lakonan Pekin Ibrahim.

Filem yang bakal ditayangkan pada 4 ogos ini turut menampilkan pelakon Pablo Amirul, Faten Afeefa dan Syazwan Yunos.
Tags / Kata Kunci: Syafie Naswip

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan