Warisi Bakat Nyanyian, Haiza Mahu Anak Jalani Kehidupan Normal

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2016 6:00 AM

sebagai ibu Haiza ingin anak lelakinya menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain seusianya. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan penyampai radio, Haiza tidak berhasrat untuk mengetengahkan bakat anak lelakinya, Nur Iman Syafie yang kini berusia empat tahun menceburkan diri dalam bidang seni walaupun kanak-kanak itu menunjukkan bakat besar dalam bidang nyanyian.

Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, 36, berkata, sebagai ibu dia ingin Iman menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain seusianya selain tidak mahu memberi tekanan kepada anaknya itu.

"Dia memang suka menyanyi dan sebagai ibu saya lihat dia mempunyai bakat besar tetapi dia masih kecil untuk memahami pelbagai perkara tentang industri seni.

Haiza dan anaknya berduet menerusi dua buah lagu.

"Biarlah dia menjalani kehidupan normal dan nyanyian sekadar hobinya kerana dia memang suka menyanyi.

"Insya-Allah tahun depan pun dia akan mula masuk tadika," katanya kepada mStar Online.

Haiza ditemui pada majlis rumah terbukanya yang diadakan di Bukit Jalil Golf & Country Club di sini, malam Jumaat.

Pada acara itu juga, Haiza turut menghiburkan lebih 250 tetamu yang hadir selain sempat berduet dengan anaknya menerusi dua buah lagu.

Teletah kanak-kanak itu menggamatkan suasana majlis yang terkejut dengan bakat besarnya selain tidak kekok berada di pentas mengadakan persembahan.

Kandid...Keutamaan Haiza adalah kepada suami dan anak.

Dalam pada itu, Haiza berkata, dia tidak akan menghalang sekiranya Iman benar-benar ingin bergelar penyanyi suatu hari nanti namun perlu mempunyai arah tujuan yang betul.

Ini kerana kata Haiza, sebagai yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang seni dia tahu bukan senang untuk berjaya selain banyak rintangan dan dugaan perlu ditempuh sebagai anak seni.

"Saya tidak menghalang tetapi seboleh-bolehnya suatu hari nanti anak akan memilih karier yang lebih menjamin masa depan.

"Bukan apa saya masak benar tentang kepayahan bergelar anak seni dan tidak mahu dia melalui dugaan seperti saya," jelasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Haiza berkata, dia semakin selesa bergelar deejay di Kool FM selain sibuk dengan undangan nyanyian.

Kata Haiza, walaupun sibuk keluarga tetap menjadi keutamaannya dan bersyukur kerana suaminya, Norhanapfe Omar banyak memberi sokongan moral terhadapanya.

"Jika hujung minggu saya ada persembahan di luar Kuala Lumpur saya akan bawa suami dan anak kerana kami dapat bercuti dan menghabiskan masa bersama.

Haiza dan suami melayan tetamu yang hadir pada rumah terbuka Aidilfitri anjurannya.

"Alhamdulillah suami saya sangat menyokong dan memberi semangat untuk terus aktif dalam bidang seni," ujarnya.

Bercakap mengenai rumah terbuka yang diadakan, Haiza berkata, pada tahun-tahun sebelum ini dia hanya mengadakan majlis berkenaan di kediamannya.

Bagaimanapun kata Haiza, dia dan suaminya mengambil keputusan untuk mengadakan di tempat lebih besar dan selesa pada tahun ini kerana ingin berkongsi rezeki bersama keluarga, rakan-rakan dan peminatnya.

"Alhamdulillah ada rezeki lebih diberikan Allah saya ingin kongsi dengan keluarga, rakan-rakan dan peminat dengan mengadakan ditempat yang lebih selesa.

"Majlis ini pun sederhana sahaja sebenarnya dan saya rasa bersyukur sangat dapat meraikan semua kenalan saya bersempena Aidilfitri," katanya.

Dalam perkembangan lain, Haiza berkata, dia bakal melancarkan single terbaharunya yang berjudul Tentang Cinta ciptaan sepenuhnya oleh Asfan Shah.

Tags / Kata Kunci: Haiza

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan