Pengarah Cari Kelainan Selit Sains Fiksyen Dalam 'Kampung Drift'

Diterbitkan: Sabtu, 30 Julai 2016 5:00 AM

Syafie Naswip dan Pekin menjadi tunggak utama Kampung Drift.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Kampung Drift, Nevin Hiong menampilkan kelainan dengan menyelitkan kira-kira 30 peratus elemen sains fiksyen dalam filem pertama arahannya berjudul Kampung Drift.

Nevin berkata, ia merupakan salah satu percubaannya untuk melihat sejauh mana penerimaan masyarakat Malaysia terhadap genre berkenaan.

"Filem ini mempunyai kalainan tersendiri kerana saya mengabungkan beberapa genre iaitu aksi, drama, komedi dan sains fiksyen dalam dilem Kampung Drift ini.

"Ia juga cabaran buat saya yang pertama kali menjadi pengarah, secara jujurnya sains fiksyen juga antara percubaan untuk melihat bagaimana penerimaan penonton terhadap genre ini," ujarnya.

Nevin ditemui selepas tayangan filem Kampung Drift yang diadakan di Cathey Cineleisure, di sini, malam Khamis. 

Nevin (empat dari kanan) bersama barisan pelakon Kampung Drift.

Nevin sebelum ini merupakan pengarah fotografi dan telah menghasilkan lebih sepuluh buah filem seperti  Cerita Kita, Cerita Hantu Malaysia dan Nasi Tangas.

Dalam pada itu, Nevin berkata, antara cabaran lain ialah hanya boleh melakukan penggambaran pada cuaca yang baik berikutan banyak menggunakan peralatan teknikal.

"Kami hanya boleh bekerja pada cuaca cerah sahaja, kalau hujan memang kena berhenti kerana banyak peralatan yang digunakan untuk teknikal.

"Lagi pula apabila hujan kita tidak boleh buat aksi drift kerana merbahaya," ujarnya.

Dalam pada itu, Nevin berkata filem yang menjalani penggambaran selama sebulan itu turut menelan belanja RM1.8 juta.

Filem ini mengisahkan tentang penggembaraan hidup seorang remaja bernama Johan (Syafie Naswip) tentang sukan drift, namun minat itu ditentang oleh bapanya Acai lakonan Pekin Ibrahim.

Filem yang bakal ditayangkan pada 4 ogos ini turut menampilkan pelakon Pablo Amirul, Faten Afeefa dan Syazwan Yunos.

Tags / Kata Kunci: Kampung Drift

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan