Filem 'Temuan Takdir' Ditayang Dalam Penerbangan AirAsia Sebelum Ke Pawagam

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 12:37 PM

Dhyan Vimal (empat dari kanan) bersama barisan pelakon Temuan Takdir.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Filem Temuan Takdir menjadi filem pertama yang bakal ditayangkan di dalam 33 penerbangan AirAsia A320 tiga hari sebelum ditayangkan di seluruh negara pada 11 Ogos ini.

Penerbit dan pengarahnya, Dhyan Vimal berkata, perkara itu akan menjadi detik bersejarah kepada industri filem negara kerana mendapat keistimewaan ditayangkan di peringkat global sebelum tarikh tayangannya.


Dhyan Vimal

"Saya berbesar hati kerana karya sulung saya ini akan ditayangkan di peringkat antarabangsa iaitu dalam 33 penerbangan AirAsia pada ketinggian 36,000 kaki.

"Pengiktirafan ini akan menjadi detik bersejarah, bukan sahaja buat saya, malah industri filem secara keseluruhan," ujarnya.

Dhyan Vimal ditemui pada majlis tayangan perdana filem Temuan Takdir yang diadakan di Mid Valley, di sini, pada Selasa.

Beliau yang juga pengasas sebuah pertubuhan bukan kerajaan Friends to Mankind itu berkata projek tersebut menelan kos sebanyak RM1 juta.

Pelakon baharu Ery Zukhairi diberi peluang watak utama.


Filem ini membariskan pelakon Datuk Zahim Albakri, Vanidah Imran, Ery Zukhairi, Azura Zainal, Amai Kamarudin dan Malieq Abdullah, Thanuja Ananthan dan Kiranjit Kaur.

Filem aksi berdurasi 90 minit itu mengisahkan dua anggota polis adik-beradik yang menyiasat satu kes rompakan, berkisar tentang cinta, keluarga, pengorbanan dan keselamatan.

"Temuan Takdir bukan sahaja filem aksi, ia juga mempunyai banyak mesej yang ingin disampaikan kepada penonton terutamanya dalam memupuk semangat kemasyarakatan dalam negara Malaysia yang berbilang kaum.

"Kita juga mengangkat tanggungjawab dan pengorbanan sebagai anggota polis dalam menjaga negara daripada penjenayah," ujarnya.

Ia juga mendedahkan tentang kehidupan anggota polis dan pengorbanan mereka untuk negara.

Tags / Kata Kunci: Temua Takdir

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan