'Jarak Usia Bukan Penghalang Terima Raja Afiq' - Anis Al-Idrus

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2016 5:50 AM

Anis Al-Idrus tidak melihat jarak usia selama enam tahun dengan Raja Afiq sebagai satu masalah. Foto Ihsan KAKI5FOTO / Instagram ANIS AL IDRUS.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Anis Al-Idrus tidak melihat jarak usia enam tahun di antara teman lelakinya, aktor Raja Afiq sebagai penghalang untuk mereka menjalinkan hubungan cinta.

Anis, 28, berkata, dia selesa berkawan dengan Afiq kerana pelakon yang sedang popular menerusi drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz itu seorang yang matang selain mempunyai budi bahasa tinggi.

"Jujurnya walaupun saya enam tahun lebih tua daripadanya tetapi sebenarnya dia lebih matang daripada saya.

"Apabila bersama dengannya saya tidak rasa perbezaan usia di antara kami kerana dia seorang yang matang dan berbudi bahasa," katanya kepada mStar Online.

Anis ditemui ketika sambutan hari jadinya yang diadakan di Subang Jaya di sini, Ahad.

Anis selesa berkawan dengan Raja Afiq.

Afiq, 22, sebelum ini mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Anis sejak sebulan lalu.

Jelasnya, perkenalan mereka bermula ketika menjayakan beberapa majlis anjuran stesen televisten TV3 pada Ramadan lalu.

Dalam pada itu, Anis berkata, dia terbuka apabila Afiq secara terbuka mendedahkan tentang hubungan mereka walaupun ia masih baharu.

Kata Anis, tindakan Afiq itu menunjukkan dia jujur dan ikhlas tentang hubungan mereka.

"Jika dia hendak bercerita atau tidak mendedahkan perkara itu pun saya okey saya tetapi tindakannya itu saya yakin dia ikhlas.

"Saya pula sejak dari awal sudah beritahu tidak mahu main-main kerana pada tahap sekarang saya mencari hubungan yang serius," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai respon peminat, Anis berkata seperti ada yang menyukai dan juga sebaliknya.

Bagaimanapun katanya, dia melihat perkara itu sebagai perkara biasa dan tidak terlalu memberi fokus kepadanya.

Ditanya mengenai tindakan Afiq mendedahkan hubungan cinta mereka untuk menumpang popularitinya, Anis berkata, dia tidak bersetuju dengan perkara itu kerana lelaki berkenaan telah pun mempunyai kelompok peminantnya tersendiri.

"Bagi saya ia tidak berlaku kerana saya sendiri bukannya terkenal sangat tambahan pula dia sekarang sedang popular menerusi drama lakonannya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Anis berkata, dia bakal muncul dalam drama bersiri berjudul Dikayangan yang menggandingkannya bersama Adi Putra di TV2.

Tags / Kata Kunci: Anis Al-Idrus , Raja Afiq

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan