Adi Putra Tak Rancang Perkenalkan Isteri Kedua Pada Umum

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2016 6:00 AM

Adi Putra mengakui sudah berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Shahida pada 20 Jun lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Adi Putra tidak merancang untuk memperkenalkan isteri keduanya yang dikenali sebagai Nur Shahida kepada umum selepas tampil mengesahkan perkahwinan mereka yang berlangsung pada 20 Jun lalu.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 35, berkata, dia tidak melihat sebarang keperluan untuk berbuat demikian kerana isterinya itu bukan selebriti.

"Sekurang-kurangnya buat masa ini saya tidak merancang untuk perkenalkannya kepada umum kerana dia bukan selebriti.

Adi berkahwin buat kali kedua pada 20 Jun lalu.
"Tetapi siapa tahu pada masa akan datang kerana sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan selebihnya ia adalah kententuan Allah," katanya.

Adi terdahulu tampil dalam satu sidang media khas bagi menjelaskan kontroversi berhubung penyebaran gambar pernikahannya bersama Nur Shahida yang viral di laman sosial baru-baru ini.

Adi berkata, dia berdiam diri sebelum ini bukan kerana ingin melarikan diri sebaliknya perlu melunaskan tanggungjawab terhadap keluarga terlebih dahulu sebelum tampil membuat penjelasan.

Dalam pada itu, Adi enggan berkongsi reaksi isteri pertamanya, Aida Yusof, 41 berhubung berita perkahwinannya itu namun menjelaskan wanita berkenaan maklum tentang hasratnya itu.

Jelas Adi, Aida memberi kenyataan tidak tahu mengenai perkahwinan itu sebelum ini kerana menjaga amanah memandangkan penjelasan itu adalah tanggungjawabnya dan bukannya isterinya itu.

Adi Putra.

"Tentang reaksi isteri biarlah saya dan isteri sahaja yang tahu kerana jika saya kongsi ia akan membawa kepada perkara lain pula selepas ini.

"Aida ketika ditanya memberi jawapan tidak tahu perkahwinan saya kerana memegang amanah untuk saya jelaskan.

"Jika dia memberitahu mengetahuinya ia akan menimbulkan lebih banyak persoalan dan spekulasi," katanya.

Smentara itu, Adi berkata, buat masa ini kedua-dua isterinya masih belum saling bertemu dan menganggap masih terlalu awal untuk berbuat demikian.

Malah kata Adi, dia masih dalam peringkat membiasakan diri hidup berpoligami.
Tags / Kata Kunci: Adi Putra

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan