Yana Samsudin Selamat Melahirkan Bayi Lelaki Khamis Lalu

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2016 6:41 PM

Pasangan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari menyambut kelahiran bayi pertama mereka pada Khamis lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin selamat melahirkan bayi lelaki pada Khamis lalu.

Berita tersebut dikongsikan oleh suaminya, Fadzil Zahari menerusi akaun Instagram miliknya menerusi sekeping gambar dia sedang mendukung bayi pertama mereka itu.

"Bismillahiramanirrahim. Assalamualaikum. Alhamdulillah, isteri saya Yana Samsudin selamat melahirkan seorang baby boy (bayi lelaki) pada 21 Julai 2016," katanya menerusi kapsyen gambar berkenaan.

Fadzil memangku anak sulungnya. Foto Ihsan Instagram Fadzil Zahari.

Dalam pada itu, Fadzil menerusi status sama, meluahkan rasa terharu dan terima kasih kepada isterinya itu kerana telah bersusah payah melalui proses melahirkan anak mereka.

"Terima kasih kepada isteri yang bersusah payah, bersakit-sakit dalam proses melahirkan, tak ternilai jasa dan pengorbanannya. I love u so much sayang," katanya.

Fadzil turut melahirkan rasa syukur atas doa daripada keluarga dan rakan-rakan mereka berdua atas kelahiran bayi pertama itu.

Pasangan itu berkahwin pada 13 Februari tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Yana Samsudin , Fadzil Zahari

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan