Usaha Kekal Keharmonian Negara Tanggungjawab Bersama - DJ Lin

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2016 2:27 PM

DJ Lin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Suria FM, DJ Lin melihat usaha mengekalkan keharmonian kaum serta keamanan negara merupakan satu tanggungjawab yang perlu dicapai oleh semua rakyat Malaysia.

DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid berkata, rakyat negara ini perlu berganding bahu dalam memastikan keharmonian kaum di negara ini dapat dihayati bersama.

"Kita hidup dalam masyarakat berbilang budaya terdiri daripada kaum yang berbeza dan kita perlu mengekalkan semangat ini untuk generasi akan datang.

"Sejak kemerdekaan negara, ibu bapa kita telah banyak berjuang," katanya.

Sebagai tanda kecintaan kepada negara, DJ Lin menggesa rakyat Malaysia untuk mengotakan ikrar yang telah dilafaz dengan mengambil bahagian dalam 'The Anak-Anak Malaysia Walk 2016'.

"Saling menghormati serta persefahaman yang dicapai antara kaum merupakan tunjang utama pembentukan sesebuah negara.

"Ia merupakan aktiviti berjalan kaki buat semua rakyat Malaysia. Ketepikan segala jurang yang ada, ayuh bersama kami menzahirkan semangat cinta terhadap negara," katanya.

'The Anak-Anak Malaysia Walk 2016' dianjurkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang akan berlangsung di Bukit Bintang pada 14 Ogos nanti.

Ia bertujuan meraikan kepelbagaian Malaysia dalam usaha menggalakkan perpaduan dan persefahaman dikalangan rakyat.

Perjalanan sejauh 3.4 kilometer itu akan bermula dari persimpangan Jalan Imbi iaitu di Jalan Pudu, bekas tapak Penjara Pudu dan akan dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz.

Dalam pada itu, DJ Lin yang juga popular menerusi segmen Suria Cinta memberitahu bangga menjadi anak Malaysia.

Malah katanya menerusi program kendaliannya itu dia turut memperkenalkan segmen 'Cari Cinta' yang mana ia membantu pendengar mencari kenalan baharu.

"Kami melihat pelbagai kaum berkenalan menerusi segmen ini dan saya melakukannya dengan hati yang terbuka," katanya.

The Anak-Anak Malaysia Walk 2016 dianjurkan oleh Star Media Group dengan kerjasama EcoWorld.

Penaja lain bagi acara tersebut termasuk Proton, Panasonic, Tenaga Nasional dan YES.

Bagi yang berminat untuk menyertai larian tersebut boleh mendaftar di http://sites.thestar.com.my/aamwalk/

3,000 peserta pertama yang mendaftar akan menerima tiket menonton wayang daripada Golden Screen Cinemas (GSC).

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi 03-7967 1388 sambungan 1432/1529/1243 (Isnin-Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang).

Tags / Kata Kunci: Suria FM , Anak-Anak Malaysia

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan