Jarang Dedah Perihal Keluarga Kunci Kebahagiaan Amy Mastura

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2016 5:50 AM

Amy jarang mendedahkan tentang perihal keluarganya kepada umum. Foto AZHAR ARIF

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Amy Mastura memberitahu faktor dia jarang mendedahkan tentang perihal keluarganya kepada umum antara kunci kebahagiaan bersama suami, Alvin Tham Suffian yang dikahwininya sejak 16 tahun lalu.

Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi, 45, berkata, dia bersyukur sepanjang tempoh itu tiada masalah besar yang melanda hubungan mereka suami-isteri selain kehadiran dua cahaya mata banyak menguatkan lagi ikatan mereka sebagai pasangan.

"Saya tiada sebarang rahsia tertentu tetapi sejak dahulu lagi saya memang kurang dedahkan kisah keluarga untuk tatapan umum dan perkara itu saya rasa turut menyumbang kepada kebahagian kami sekeluarga.

Amy kini bahagia bersama suami dan dua cahaya matanya.
"Tiada yang istimewa tentang keluarga saya sebenarnya kerana kita juga harus yakin bahawa kebahagian itu adalah kurniaan Allah dan sebagai hambaNya kita kena jaga amanah itu sebaik-baiknya," katanya kepada mStar Online.

Amy Mastura ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri bersama kelab peminatnya iaitu Amy Mastura Fan Club (AMFC) di Bora Ombak Ampang di sini, Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Amy tidak menafikan lumrah hidup sebagai suami-isteri akan wujud salah faham namun pengalaman hidup berumahtangga membuatkan dia banyak belajar untuk menyelesaikan masalah.

"Pasangan mana yang tidak pernah salah faham tetapi Alhamdulillah semakin lama kami melayari bahtera perkahwinan ia mematangkan kami.

"Saya juga bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang cukup memahami," katanya.

Amy dan Alvin berkahwin pada 30 Jun 2000 dan mereka mempunyai dua cahaya mata iaitu Adriana Tham, 15 dan Adalia Tham, 11.

Bercakap mengenai sambutan Aidilfitri bersama kelab peminatnya, Amy berkata, seramai 100 peminat hadir pada majlis itu yang diadakan dalam suasana sederhana tetapi meriah dengan pelbagai aktiviti.

Amy bergambar bersama peminat.
Malah kata Amy, dia tidak menyangka ada peminat yang mengikuti perkembangan kariernya sejak awal kemunculannya turut hadir pada acara berkenaan.

“Percaya atau tidak, ada di antara peminat-peminat saya yang mengikuti perkembangan karier seni saya sejak mereka kecil sehinggalah berkahwin dan beranak pinak pun ada hadir.

“Saya sebenarnya cukup terharu dengan usaha mereka mengadakan majlis ini dan tidak lupa kepada semua penaja yang membantu menjayakan lagi majlis ini," ujarnya.

Antara aktiviti yang diadakan adalah sesi berkaraoke bersama peminat, pertandingan mewarna kanak-kanak dan persembahan eksklusif daripada Amy Mastura sendiri.

Sementara itu bercerita tentang kerjaya seninya, Amy berkata, dia bakal muncul dengan single berentak balada berjudul 'Kalimah' ciptaan anak kepada komposer Johari Teh, Ardib Johari.

Selain itu, Amy juga bakal memasuki set sebuah drama bersiri 25 episod terbitan Zeel Production dalam waktu terdekat ini.
Tags / Kata Kunci: Amy Mastura , Amy Mastura Fan Club

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan