Hasrat Rozita Che Wan Tunai Umrah Terbantut Kerana Visa Tidak Lulus

Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2016 5:00 AM

Rozita bersama anaknya Aaisyah Dhia Rana. Foto BRIAN MOH

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hasrat pelakon Rozita Che Wan untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Syawal ini terbantut apabila visa yang dimohon tidak diluluskan.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta, 43, berkata, dia yang sepatutnya bertolak pada Jumaat lalu tidak dapat menunaikan ibadah itu berikutan pergolakan yang berlaku di Arab Saudi baru-baru ini.

"Perancangannya ingin menunaikan umrah pada bulan Syawal ini sekeluarga dan sepatutnya bertolak pada Jumaat lalu.

Rozita Che Wan bersama suami dan anaknya serta pengasas Mini Me iaitu Illi Nadiah Ibrahim dan Hasliza Idris.

"Tapi tak ada rezeki kami untuk ke Mekkah kerana visa tidak diluluskan. Insya-Allah mungkin jika keadaan kembali aman kami akan ke sana.

"Lagi pula memang impian saya untuk pergi bersama suami (Zain Saidin) sejak berkahwin lagi," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Rozita berkata, dia mengambil peluang ini untuk menyambung sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Tidak mengapalah, saya boleh sambung raya kerana banyak lagi baju raya yang belum sempat dipakai," ujarnya.


Rozita sambung beraya selepas hasrat tunai umrah tidak kesampaian.

Bercerita tentang kerjaya, Rozita berkata, dia menganggap bidang lakonan sebagai pendapatan sambilan sahaja.

Katanya, dia hanya berlakon untuk syarikat produksi Zeel Production atas permintaan syarikat tersebut.

"Saya tumpu pada bidang bisnes sahaja, berlakon hanya pendapatan sampingan dan saya hanya ambil tawaran dengan Zeel Production sahaja.

"Syarikat produksi sendiri pun saya tidak mahu berlakon," ujarnya. 
Tags / Kata Kunci: Rozita Che Wan

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan