Bayaran Tak Setimpal Punca Rashdan Baba Hilang Tiga Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 6:00 AM

Rashdan Baba menyepi selama tiga tahun daripada bidang lakonan kerana kecewa dengan bayaran diterimanya. Foto Ihsan Instagram @Rashdanbaba

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Rashdan Baba mendedahkan kehilangannya selama tiga tahun daripada dunia lakonan sebelum ini kerana berasa kecewa dengan bayaran diterimanya.

Rashdan, 46, berkata, dia tidak berpuas hati kerana pihak produksi melihat pelakon berpengalaman sepertinya seolah-olah tidak bernilai dan mengambil mudah soal bayaran.

"Saya bukan hendak bersikap besar kepala tetapi saya dalam industri sudah 20 tahun dan bayaran diterima tidak setimpal dengan pengalaman.

"Malah saya lihat semakin lama saya dalam industri bayaran ditawarkan semakin berkurangan tidak seperti di Hollywood sehingga membuatkan saya kecewa dan mengambil keputusan untuk berehat sahaja daripada dunia lakonan," katanya kepada mStar Online.

Rashdan ditemui pada sidang media teater muzikal Lela Manja yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya pada Selasa lalu.

Menerusi teater muzikal berkenaan, Rashdan bakal memegang watak sebagai Megat Sura disamping barisan pelakon lain seperti Nabila Huda, Syazwan Zulkifly, Sari Yanti, Hafidz Roshdi dan Sahronizam Noor.

Rashdan Baba ceburi bidang perniagaan sepanjang tiga tahun menyepi dalam  bidang lakonan.

Ia bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula Jumaat sehingga 31 Julai depan, pukul 8.30 malam.

Bagaimanapun kata Rashdan, rajuknya itu tidak berpanjangan dan dia kembali aktif berlakon kerana rindu terhadap karier yang telah menaikkan namanya itu.

Kata Rashdan buat permulaan dia muncul dalam dua buah drama bersiri iaitu Satu Cinta untuk siaran RTM manakala Waris Kasih di TV3.

"Alhamdulillah tawaran itu masih ada dan rajuk saya tidak berpanjangan walaupun kecewa dengan senario industri hiburan tempatan.

"Tetapi kerana mengenangkan minat dan kerja berlakon ini saya sudah buat sejak berusia 25 tahun, saya tetap teruskan," jelasnya.

Dalam pada itu, Rashdan berkata, sepanjang tiga tahun tidak berlakon dia menumpukan kepada bidang perniagaan makanan suplemen kesihatan yang kini semakin berkembang maju.

Kata Rashdan, rajuknya terhadap industri sebenarnya banyak memberi hikmah kerana dia dalam mencuba perkara lain selain lakonan.

Rashdan bersama barisan pelakon teater muzikal Lela Manja.

"Alhamdulillah tiga tahun kehilangan saya banyak membuka ruang kepada saya untuk mencuba perkara lain termasuk perniagaan yang sehingga hari ini ia masih berjalan," ujarnya.

Bercakap mengenai Lela Manja, Rashdan berkata, ia adalah teater pertama lakonannya dan mengakui tidak memberi jawapan segera ketika ditawarkan oleh pihak produksi.

Kata Rashdan, dia perlu berfikir sebelum membuat keputusan kerana tiada pengalaman dalam bidang teater namun akhirnya bersetuju kerana ini adalah peluangnya untuk mencuba.

"Banyak yang saya belajar ketika sesi latihan dan saya tidak kisah ditegur kerana ini adalah satu perkara baharu untuk saya. Malah pelakon muda tetapi mempunyai lebih pengalaman dalam pementasan teater juga banyak berkongsi ilmu dan saya tidak berasa malu untuk belajar," ujarnya.

Tiket bagi menyaksikan Lela Manja dijual pada harga RM33, RM73, RM103, RM153, RM203 dan RM253.

Tempahan boleh dibuat di www.AirAsiaRedTix.com atau di kaunter box office Istana Budaya.

Tags / Kata Kunci: Rashdan Baba , Lela Manja

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan