"Ia Bukan Dosa" - Adi Putra Ulas Kahwin Dua

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 8:13 AM

Adi Putra memuat naik gambarnya bersama isteri pertama Aida Yusof dipercayai dirakamkan di luar negara selepas berita perkahwinan keduanya terbongkar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hampir seminggu berdiam diri selepas berita perkahwinan kedua dengan janda anak satu terbongkar, pelakon Adi Putra akhirnya tampil menjelaskan apa dilakukannya itu bukan satu dosa.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 35, berkata, dia akan memberi penjelasan berhubung cerita berkenaan dalam masa terdekat.

"Kepada semua sahabat rakan media, saya akan maklumkan untuk sidang media untuk perkongsian dan bukan penjelasan sebab apa yang berlaku bukan satu dosa. Terima kasih,” kata Adi dalam Instagram miliknya pada Jumaat.

SILA KLIK: Rahsia Kahwin Lain Terbongkar, Adi Putra Batal Majlis Adilfitri Peminat

Adi berkata, dia meminta pihak yang mendedahkan berita pernikahannya itu agar tidak mencampuri urusan rumah tangganya dan akan mengambil tindakan.

Foto pernikahan ini tersebar di Internet sejak Sabtu lalu.

Terdahulu foto perkahwinan kedua Adi telah tersebar pada Sabtu lalu yang antara lain mengaitkan perkahwinan rahsianya dengan seorang wanita berusia 33 tahun, seorang janda anak satu.

Akhbar melaporkan mereka berkahwin pada Ramadan lalu iaitu 19 Jun lepas.

Adi bagaimanapun tidak menjawab sebarang panggilan telefon ketika dihubungi namun tidak lama kemdian dia memuat naik sekeping gambar bersama isteri pertamanya, Aida Yusof, 41, yang dipercayai dirakamkan di luar negara.

Rumah tangga Adi dan Aida sebelum ini pernah berhadapan dengan masalah apabila Adi memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur terhadap Aida pada 11 Mei 2012 namun membatalkan hasrat itu kemudiannya.

Hasil perkahwinan mereka sejak 14 April 2006, pasangan itu tidak mendapat cahaya mata kerana Aida sering keguguran namun mereka mempunyai seorang anak angkat perempuan berusia empat tahun.
Tags / Kata Kunci: Adi Putra

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan