Penulis Lirik 'Cindai' Tulis Skrip Teater Muzikal 'Lela Manja'

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 5:45 AM

Para pelakon teater muzikal 'Lela Manja' bersama Katua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani (berkot hitam, tengah).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penulis lirik lagu popular Cindai yang dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza iaitu Hairul Anuar Harun bertindak sebagai penulis skrip teater muzikal Lela Manja yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya Jumaat ini.

Pengarahnya, Ramli Lani berkata, skrip yang dihasilkan oleh Hairul adalah berdasarkan adaptasi daripada filem asalnya yang diarahkan oleh Datuk Jamil Sulong pada tahun 1960.

"Pemilihan Hairul kerana bakatnya dalam pengolahan skrip selain menerusi teater muzikal ini banyak menyelitkan mesej kekeluargaan selain aspek kesetiaan dan ketaatan kepada negara.

"Secara keseluruhannya sebanyak 80 peratus kami ambil dari filem asal dan selebihnya ia diolah mengikut kesesuaian," katanya kepada mStar Online.

Ramli ditemui pada sidang media teater muzikal berkenaan di Lambang Sari, Istana Budaya di sini pada Selasa.

Hadir sama Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

Teater itu bakal dipentaskan pada 22, 23, 29 dan 30 Julai ini bermula pukul 8.30 malam.

Dari kiri Rashdan Baba, Nabila Huda, Sari Yanti dan Sahronizam.

Manakala pada 24 dan 31 Julai persembahan akan diadakan pada pukul 3 petang.

Lela Manja dibintangi oleh Nabila Huda, Sahronizam Noor, Rashdan Baba, Aeril Zafril, Hafidz Roshdi, Syazwan Zulkifly dan Sari Yanti.

Dalam pada itu, Ramli berkata, selain jalan cerita, kekuatan teater muzikal berkenaan terletak kepada komitmen para pelakon yang gigih menjalani latihan sejak 17 Jun lalu.

Katanya, kesungguhan dalam mencipta emosi dan jiwa pada watak masing-masing membuatkan kisah yang sudah pun diketahui umum itu istimewa dan segar.

"Alhamdulillah persiapan berjalan dengan baik dan komitmen ditunjukkan setiap pelakon sangat luar biasa.

"Kekuatan dalam menzahirkan peranan masing-masing membuatkan saya yakin pementasan nanti akan berjalan lancar," ujarnya.

Sementara itu, Ramli berkata, Lela Manja dipilih sebagai naskhah untuk diangkat sebagai teater kerana ingin mengenengahkan filem klasik Melayu.

Malah katanya, sebanyak tiga buah lagu baharu turut dicipta oleh Rosli Abu Bakar manakala lirik oleh Hairul sendiri.

"Kita bukan sahaja ingin melihat teater klasik diangkat dikalangan generasi baharu tetapi biar terus sampai ke persada antarabangsa.

"Tiga lagu baharu yang bakal digunakan pada teater berkenaan adalah Kiasan Rindu, Serampang Serumpun dan Dakapan Ibu," katanya.

Tidak bagi menyaksikan Lela Manja dijual pada harga RM33, RM73, RM103, RM153, RM203 dan RM253.

Tempahan boleh dibuat di www.AirAsiaRedTix.com atau di kaunter box office Istana Budaya.

Tags / Kata Kunci: Lela Manja , Hairul Anuar Harun

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan