Mengaku Hangat Bercinta, Raja Afiq Mahu Bawa Anis Al-Idrus Jumpa Ibu

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 1:23 PM

Anis Al-Idrus dan Raja Afiq masih belum bertemu keluarga masing-masing. Foto Ihsan KAKI5FOTO / Instagram ANIS AL IDRUS.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz Raja Afiq mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Anis Al-Idrus, 28, sejak sebulan lalu.

Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 22, berkata, perkenalan mereka bermula ketika menjayakan beberapa majlis anjuran stesen televisyen TV3 pada Ramadan lalu.

"Alhamdulillah, saya dan Anis dalam peringkat untuk kenal hati budi masing-masing dan bolehlah dikatakan kami sedang bercinta.

"Kami berkenalan ketika saya menjadi duta Syukur Selalu pada Ramadan lalu dan dia (Anis) juga rajin menghadiri majlis-majlis anjuran TV3," katanya kepada mStar Online.

Raja Afiq dihubungi bagi menjelaskan hubungannya dengan penyanyi lagu Mengapa Anis Al-Idrus selepas kedua-dua mereka sering memuat naik gambar bersama di laman Instagram masing-masing. 

Anis dan Raja Afiq sering memuat naik gambar mesra bersama.

Dalam pada itu, dia menyifatkan wanita itu sebagai seorang memahami dan menyenangkan.

"Saya senang bersama dia kerana sikapnya yang sering merendah diri walaupun lebih berpengalaman dalam industri.

"Lagi pula, dia juga tidak terlalu cerewet dan sangat memahami kerjaya saya kerana dia juga seorang artis," ujarnya.

Sementara itu, Raja Afiq berkata, dia sedang merancang untuk membawa pelakon tersebut bertemu keluarganya dalam masa terdekat.

Katanya, dia juga merancang untuk mengikat hubungan tersebut ke fasa seterusnya jika mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

"Saya seorang yang tidak suka hubungan yang lama dan jika masing-masing bersedia dan keluarga juga mengizinkan apa salahnya teruskan sahaja.

"Lagi pula saya tidak kisah tentang jarak umur kerana saya memang suka wanita lebih tua dan matang berbanding wanita muda. Insya-Allah, selepas dia balik bercuti saya akan bawa dia bertemu keluarga saya terlebih dahulu," ujarnya.

Anis Al-Idrus kini sedang bercuti di Pulau Boracay, Filipina.

Tags / Kata Kunci: Raja Afiq , Anis Al-Idrus

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan