Peti Suara Arun Kumaran Tercedera Kerana Alih Suara Rajinikanth Dalam 'Kabali'

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 5:00 AM

Rajinikanth

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hos televisyen tempatan V. Arun Kumaran menganggap tanggungjawab untuk mengalih suara lagenda filem Tamil, Rajinikanth bagi filem Kabali ke bahasa Melayu amat mencabar.

Tanggungjawab yang pertama kali digalasnya itu bukan sahaja memerlukan imaginasi seolah-olah berlakon dalam filem yang penuh beraksi, tetapi juga memerlukan intonasi suara yang berubah-ubah.

"Pada awalnya, saya ingat ia adalah sesuatu yang mudah tetapi selepas menjalani proses alih suara selama 10 hari, baru saya sedar ia bukan kerja yang senang seperti saya jangkakan tetapi amat sukar.

"Hal ini kerana saya perlu memberi perhatian kepada isi kandungan, tempoh masa, nada suara dan perasaan yang dilontarkan dalam dialog tersebut," katanya. 

Arun Kumaran galas tanggungjawab alih suara Rajinikanth dalam Kabali.

Arun Kumaran merupakan antara barisan selebriti tanah air yang diberi kepercayaan untuk mengalih suara filem ke-159 Rajinikanth yang pertama kali dialih suara daripada bahasa Tamil ke bahasa Melayu oleh Malik Streams Corporation Sdn Bhd.

Turut diberi tanggungjawab untuk mengalih suara dalam filem itu ialah pelakon Fathia Latiff yang mengalih suara Dhansika, yang membawa watak anak Rajinikanth dalam filem itu serta pelakon Datuk Jalaluddin Hassan yang mengalih suara watak penjahat.

Filem itu turut menampilkan pelakon tempatan iaitu Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Zack Taipan dan Tony Kassim serta pelakon terkenal Taiwan, Winston Chao.

Arun Kumaran berkata antara cabaran ketika menggalas tanggungjawab itu ialah intonasi suara Rajinikanth dalam bahasa Tamil perlu dialih suara mengikut lenggok bahasa Melayu.

Jejaka berusia 27 tahun itu turut mendedahkan peti suaranya beberapa kali tercedera apabila turut sama menjerit dan meninggikan suara seperti mana yang dilakukan Superstar India itu.

Filem Kabali versi Melayu yang sepatutnya ditayangkan di layar perak pada Jumaat depan telah ditangguhkan kepada 29 Julai atas sebab tertentu, selain untuk memberi laluan kepada versi asal, iaitu filem berbahasa Tamil yang akan ditayangkan secara serentak di seluruh dunia pada 22 Julai ini.

Arun Kumaran berkata proses alih suara telah dilakukan di Chennai, India pada 17 Jun lepas dan kesemua mereka yang terlibat telah diterbangkan ke negara tersebut.

"Proses alih suara untuk saya seorang sahaja mengambil masa 10 hari, dan setiap hari saya mengambil masa kira-kira 14 jam untuk melakukannya," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Arun Kumaran , Kabali

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan