Anak Dynas Mokhtar Tunjuk Minat Bidang Seni

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2016 5:45 AM

Dynas Mokhtar kembali berlakon selepas beberapa tahun memberi fokus kepada perniagaannya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Dynas Mokhtar memberitahu anak perempuannya Khyra Khalyssa, 6, mula menunjukkan minat dalam bidang seni dan sebagai ibu dia tidak menghalang kecenderungan kanak-kanak berkenaan.

Dynas atau nama sebenarnya Wan Edrinas Wan Mokhtar, 33, berkata, Khyra dilihat berminat dalam bidang peragaan dan selesa apabila gambarnya diambil jurugambar namun bersikap pemalu jika berada di hadapan kamera.

"Kalau gambarnya diambil jurufoto dia memang cepat memberi pose tetapi kalau di hadapan kamera dia masih malu dan suka menyorok belakang pengarah.

"Dia juga selalu minta saya belikan dia buku tetapi kena beli lebih sebab dia akan jual kepada rakan-rakannya.

"Tindakannya itu sering mengingatkan kepada diri saya sendiri ketika kecil kerana saya juga suka berniaga ketika sekolah," ujarnya kepada mStar Online.

Selain Khyra, Dynas turut mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Mohamed Haqaish berusia empat tahun.

Anak-anak itu adalah hasil perkahwinannya bersama bekas suami, Mohd Hafizi Mohamed.

Dynas bersama anak-anaknya. 

Bagaimanapun pasangan berkenaan yang berkahwin pada 15 Mac 2008 bercerai pada 25 Februari 2014 di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Dynas berkata, walaupun dia menggalakkan anaknya itu terlibat dalam bidang seni namun bekas suaminya lebih suka kanak-kanak berkenaan menjalani kehidupan normal.

"Sebagai ibu saya galakkan kalau dia cenderung ke arah seni tetapi bapanya tidak benarkan kerana mahu dia menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

"Tahun depan dia akan mula masuk darjah satu jadi saya tidak mahu dia berasa terbeban terpaksa melakukan pelbagai perkara," ujarnya.

Sementara itu, Dynas berkata, dia kini kembali berlakon selepas beberapa tahun tidak berbuat demikian dan baharu sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah drama bersiri iaitu Samudera Rindu.

Kata Dynas, dia juga terbuka hati untuk menerima tawaran tersebut kerana peranan diberikan berbeza daripada apa yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Saya tidak berlakon sebelum ini kerana sibuk dengan perniagaan tetapi perasaan rindu itu masih ada.

"Alhamdulillah tawaran masih ada dan saya terima kerana watak diberikan cukup berlainan sekaligus memberi cabaran kepada saya.

"Insya-Allah selepas ini jika ada lagi tawaran sedemikian saya akan terima," katanya.

Tags / Kata Kunci: Dynas Mokhtar , Samudera Rindu

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan