Yazid (AF7) Muncul Dengan Dia Band Selepas Hilang Empat Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 12:40 PM

Yazid yang pernah menyertai program Akademi Fantasia musim ketujuh kembali bersama kumpulan Dia Band selepas empat tahun menyepi. Foto Ihsan KRU MUSIC

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas peserta program Akademi Fantasia musim ketujuh, Yazid nekad membina kembali kerjayanya sebagai penyanyi bersama kumpulan Dia Band selepas empat tahun menghilangkan diri daripada industri muzik.

Yazid atau nama sebenarnya Mohd Yazid Ibrahim, 29, berkata, dia menyertai band berkenaan pada tahun lalu kerana ingin tampil segar selain membawa visi baharu dalam memperkenalkan kembali namanya.

"Sepanjang empat tahun itu saya sebenarnya tidak pernah melupakan bidang nyanyian kerana ia adalah cinta saya.

"Alhamdulillah peluang menyertai Dia Band adalah platform terbaik untuk saya lancarkan semula karier nyanyian yang ditinggalkan sebelum ini.

"Saya kini adalah individu yang baharu dengan visi dan hala tuju lebih jelas berbanding sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Dia Band muncul dengan single pertama hasil ciptaan Edry Abdul Halim.

Selain Yazid selaku vokalis, Dia Band yang ditubuhkan pada 2012 itu turut dianggotai oleh Fauzi (dram/ketua kumpulan), Rafie (gitaris), Eppy (pemain keyboard) dan Didin (bes).

Dia Band baharu sahaja melancarkan single pertama mereka berjudul Mungkin yang dicipta oleh komposer terkenal Edry Abdul Halim.

Dalam pada itu, Yazid berkata, dia sebelum ini menghilangkan diri kerana kembali menetap di Johor Baru selepas kematian bapanya pada 2012.

Kata Yazid, ketika itu dia mengambil tanggungjawab menjaga keluarga dan menjalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan.

"Apabila kembali menetap di sana undangan nyanyian pun mula berkurangan kerana sukar kebanyakan persembahan berlangsung di Kuala Lumpur.

Mungkin pertaruhan pertama Dia Band.

"Bagaimanapun kira-kira setahun lalu salah seorang anggota Dia Band iaitu Eppy mempelawa saya menyertai kumpulan itu memandangkan mereka tiada penyanyi dan sejak itu saya kembali aktif," ujarnya.

Sementara itu, Yazid berkata, menyedari kesukaran untuk mendapat tempat di dalam industri dengan kebanjiran bakat baharu mereka berjumpa dengan Edry untuk bekerjasama bagi menghasilkan lagu pertama Dia Band.

"Kami perlukan sebuah single yang kuat untuk menarik perhatian pendengar dan sebab itu kami memilih Edry dan Alhamdulillah beliau bersetuju dan terhasillah Mungkin.

"Insya-Allah dengan lagu yang sedap dan promosi yang kuat Mungkin akan diterima baik oleh pendengar sekaligus memperkenalkan kami dalam industri hiburan.

"Alhamdulillah setakat ini video lirik yang dilancarkan di Youtube sudah pun ditonton melebihi 20,000 kali sejak ia dilancarkan," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Yazid , Dia Band , Edry Abdul Halim

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan