Tidak Lagi Tinggal Di Stor, DBKL Sediakan Rumah Buat Sahara Yaacob

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 7:39 PM

Sahara Yaacob (tiga dari kiri) dikunjungi oleh anggota jawatankuasa Persatuan Seniman yang ketuai presidennya, Zed Zaidi (dua dari kiri) bagi memaklumkan berita baik berhubung kesediaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyediakan rumah untuknya. Foto: Facebook Seniman

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berjaya mendapatkan bantuan berupa sebuah rumah daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk penyanyi popular era 80-an iaitu Sahara Yaacob selepas kisahnya tinggal dalam keadaan daif  dalam sebuah stor di Hulu Langat mendapat perhatian.

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, Sahara menerusi bantuan DBKL akan berpindah ke kediaman baharunya yang terletak di Pusat Perumahan Rakyat (PPR), Seri Alam Sungai Besi dekat sini pada 1 Ogos depan.

"Pihak Seniman mendapat perkhabaran mengenai keadaan Sahara pada Ramadan lalu dan selepas melihat sendiri keadaan beliau kami segera bertindak untuk mendapatkan bantuan.

Foto kenangan saat kemuncak populariti Sahara suatu ketika dahulu.

"Alhamdulillah surat yang ditulis terus kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus mendapat perhatian dan kami di pihak Seniman amat berterima kasih kepada beliau.

"Tindakan proaktif daripada DBKL juga mempercepatkan bantuan kepada Sahara yang akan berpindah ke kediaman baharunya pada 1 Ogos depan," katanya kepadamStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.

Zed bersama ahli jawatankuasa Seniman hadir ke kediaman Sahara di Hulu Langat untuk memaklumkan perkhabaran gembira itu bersama-sama Timbalan Pengerusi Yayasan Artis Veteran Malaysia, Tommie Tomiran dan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Selain Seniman, wakil daripada DBKL iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan DBKL, Datuk Rizalman Mokhtar, Lembaga Penasihat DBKL, Ahmad Faisal Abdul Karim dan Pengarah Jabatan Perumahan DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor turut hadir pada pertemuan itu.

Sementara itu, Sahara atau nama sebenarnya Zaharah Mohd Yaacob, 60, berkata, dia langsung tidak menyangka masih ada pihak mengambil berat tentang dirinya walaupun lenyap daripada industri hiburan sejak 16 tahun lalu.

Bagaimanapun kata Sahara, dia tidak berniat untuk meraih simpati daripada sesiapa kerana tidak mahu dipandang serong masyarakat.

"Tiada kata lain dapat saya ucapkan selain terima kasih dan bersyukur atas keperihatinan terhadap diri saya dan sudi menghulurkan bantuan.

"Pelbagai dugaan telah saya lalui namun sokongan anda semua cukup membuatkan saya terharu," katanya.

Bercakap mengenai perancangannya selepas berpindah kelak, Sahara berkata, dia berhasrat untuk kembali aktif sebagai penyanyi selain merancang untuk mengadakan konsert buat peminatnya.

Tags / Kata Kunci: Sahara Yaacob

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan