Dapat Restu Keluarga, Jurutera Bakal Suami Julia Ziegler

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2016 5:45 AM

Julia Ziegler bersedia berumah tangga.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aktres Julia Ziegler memberitahu Hari Raya Aidilfitri kali ini paling istimewa apabila dia dapat beraya bersama-sama kekasihnya, seorang jurutera kimia yang mahu dikenali sebagai Johan berusia 33 tahun.

Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler, 32, berkata, ia secara tidak langsung memberi peluang kepada keluarganya untuk mengenali lebih dekat pemuda tersebut dan berbincang berkenaan hari perkahwinan mereka pada Disember depan.

"Alhamdulillah, mungkin Hari Raya ini terakhir sebagai wanita bujang kerana perancangannya pada Disember depan atau paling lewat pun Januari 2017 kami akan melangsungkan perkahwinan.

"Saya mahu perkahwinan yang sederhana dan buat perkara wajib sahaja, walaupun saya selebriti tapi saya tidak mahu majlis yang terlalu besar-besaran," ujarnya kepada mStar Online.

Julia (berdiri - kanan) bersama Johan (dua dari kanan) bergambar bersama ahli keluarganya.

Tambah aktres Abang Sado Boleh Settle  ini, keluarga kedua-dua belah pihak sudah pun bertemu dan setuju dengan majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan akhir tahun ini.

Bercakap tentang lelaki tersebut, Julia berkata, dia mengenali Johan sejak awal tahun lalu di sebuah restoran di ibu kota.

Katanya, Johan mampu membuka hatinya untuk kembali percaya semula kepada lelaki selepas beberapa kali gagal dalam percintaan.

"Akhirnya ada juga orang ingin berkahwin dengan saya, mungkin juga jodoh sudah saya sudah sampai.

"Dia buat saya rasa istimewa dan mengubah beberapa perkara dalam kehidupan saya," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang foto-foto bersama lelaki itu, kata Julia, dia enggan terlalu mendedahkan wajah kekasihnya di laman sosial.

Dia tidak mahu perkara-perkara tidak diingini seperti yang dilaluinya dahulu berulang kembali.

"Saya memang memilih untuk tidak berkongsi gambar-gambar bersama dengannya di laman sosial kerana tidak mahu perkara buruk terjadi.

"Biarlah hubungan kami terjalin seperti biasa tanpa sebarang gangguan luar seperti sebelum-sebelum ini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Julia Ziegler

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan