Afgan Promosi 'Sides' Dalam Konsert Di PWTC 3 September Depan

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2016 1:49 PM

Afgan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dari Indonesia iaitu Afgan bakal mengadakan konsert ‘Afgan Sides Live In Malaysia 2016’ pada 3 September depan dalam usaha mempromosikan album terbaharunya, Sides.

Penganjurnya iaitu Dazzling Lifestyle dalam satu kenyataan kepada mStar Online pada Selasa berkata, selepas tiga tahun muncul meneursi album L1ve To Love, Love To L1ve, penyahyi itu sudah bersedia menampilkan muzik R&B terbaharu untuk tatapan peminat di negara ini.

“Walaupun Afgan berpegang teguh kepada nuansa R&B namun dia tetap menggabungkan unsur-unsur blues, elektronik dan orkestra, di mana dia dapat menghasilkan lebih banyak lagu cinta sekali gus menyerlahkan sisi berbeza dirinya kali ini,” kata kenyataan itu.

Menerusi album Sides ini Afgan telah bekerjasama dengan pemuzik luar negera seperti Mark Hill dari United Kingdom (penerbit Craig David dan Ed Sheeran) dan artis Malaysia, SonaOne.

Konsert yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ini turut mendapat kerjasama antaranya Trinity Optima Production, Suria Records, Sinar FM dan  Red Box.

Tiket bagi menyaksikan persembahan Afgan dijual pada harga RM188 (Gangsa), RM288 (Perak), RM388 (Emas), RM488 (Platinum), RM588 (Diamond) dan RM788 (Diamond VIP untuk pakej sesi bertemu peminat).

Seramai 500 pembeli awal layak untuk menikmati diskaun 10 peratus bermula 11 Julai sehingga 17 Julai ini untuk mana-mana kategori tiket kecuali Diamond VIP yang tertakluk kepada terma dan syarat.

Tiket boleh didapati melalui TicketCharge di www.ticketcharge.com.my atau  hubungi 603-92228811.

Untuk mereka yang ingin mendapatkan tiket Diamond VIP bolehlah menghubungi talian 603-79825523 mulai Selasa.

Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, 27, popular dengan lagu Katakan Tidak, Jodoh Pasti Bertemu, Terima Kasih Cinta, Bukan Cinta Biasa dan Knock Me Out.

Dia mempunyai kira-kira 1.5 juta pengikut di Instagram.

Tags / Kata Kunci: Afgan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan