Raja Ilya Tak Dapat Baju Raya Kerana Gagal Selesaikan Bayaran

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2016 6:00 AM

Raja Ilya kesal dengan perkhidmatan Ann Khan Exclusive hingga membuat laporan polis pada Jumaat lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemilik Ann Khan Exclusive, Noorain Khan menjelaskan bahawa tiga helai baju raya tempahan aktres Raja Ilya tidak diserahkan kepada pelakon itu berikutan tiada sebarang pembayaran.

Malah, Noorain, 27, berkata, pelakon itu juga tidak mahu berbincang untuk menetapkan cara pembayaran yang ingin dilakukan kepada pihak mereka selepas baju tersebut siap dihantar.

"Kami sudah berbincang dan meminta maaf tidak dapat menyiapkan baju tersebut lebih awal, tapi kami berjanji untuk hantar tiga helai baju tempahannya pada subuh Hari Raya pertama itu supaya mereka sempat memakainya.

"Namun begitu, ketika sampai di kediaman aktres itu, kami tidak dapat memberi baju-baju tersebut kerana tiada sebarang pembayaran daripada pihak dia dan keluarganya," ujarnya.

Noorain dihubungi mStar Online bagi mengulas laporan akhbar berkenaan pelakon Raja Ilya kesal dengan perkhidmatan Ann Khan Exclusive hingga membuat laporan polis pada Jumaat lalu.

Raja Ilya muat naik gambar pemilik Ann Khan Exclusive iaitu Noorain (baju merah jambu) bersama pekerjanya.

Terdahulu, Raja Ilya kecewa apabila pereka fesyen berkenaan gagal menyiapkan baju yang ditempahnya pada waktu ditetapkan, malah tidak menyerahkan baju tersebut kepada keluarga selepas dihantar ke rumahnya awal pagi raya.

Dia juga berang apabila pihak berkenaan mengambil gambar ibunya bersama pakaian tersebut dengan tujuan tertentu.

Tambahnya, konflik tersebut bermula apabila pihaknya bertanya tantang bayaran tiga pasang baju tersebut berjumlah lebih RM1000 yang dikatakan sudah dilakukan.

"Pada mulanya dia setuju untuk kami hantar semua baju itu pada subuh Hari Raya pertama, manakala bajunya yang kami ingin beri percuma itu diserahkan pada tiga Hari Raya ketika dia sudah berada di Malaysia.

"Selepas itu, dia beritahu bahawa sudah membuat bayaran penuh untuk tiga baju berkenaan, namun bila periksa akaun, tiada sebarang transaksi pembayaran yang kami terima.

"Kami cuma bertanya secara baik, tapi kemudian dia terus melenting dan viralkan perkara ini di laman sosialnya," ujarnya.

Noorain mengambil gambar bersama ibu Raja Ilya sebagai bukti mereka sudah menghantar baju tersebut dan menunggu wang pembayaran.

Tambah Noorain, sebagai peniaga sudah tentu dia menitikberatkan soal pembayaran yang harus dilakukan oleh pelanggan-pelanggannya.

"Kami bertanya secara baik dan mahu berunding dalam hal pembayaran itu dan tidak kisah pun jika dia ingin membayarnya selepas dia pulang ke Malaysia,"

"Tapi malangnya, dia sudah tidak terima dan marah-marah sehingga menyekat kami di whatsapp dan laman sosial," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang tujuan mengambil gambar ibu aktres tersebut bersama baju-baju raya itu, katanya ia hanya bertujuan sebagai bukti bahawa mereka sudah menghantar pakaian berkenaan seperti yang dijanjikan.

"Tiada niat kami untuk gunakan gambar itu atas tujuan lain selain menjadi bukti kepadanya sendiri bahawa kami sudah sampai rumahnya dan hantar baju tersebut," katanya.

Tags / Kata Kunci: Raja Ilya

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan