Vokalis Terra Rossa Didakwa Miliki Dadah

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2016 3:41 PM

Khairul (dua dari kiri) bersama anggota kumpulan Terra Rossa yang lain.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan rock Terra Rossa, Khairulhizam Kaha yang dikenali sebagai Jijam sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Isnin atas pertuduhan memiliki dadah.

Khairulhizam, 43, didakwa memiliki satu paket plastik dadah jenis syabu seberat 0.53 gram di kawasan bawah blok 8, Pangsapuri Taman Miharja Fasa 2, Cheras, pada pukul 5.15 petang, Sabtu lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menetapkan 15 Ogos untuk sebutan semula kes.

Tiada sebarang jaminan ditetapkan terhadap tertuduh kerana tiada penjamin hadir.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tahun lepas, Khairulhizam dijatuhi hukuman denda RM7,000 dan pengawasan polis selama dua tahun atas kesalahan sama oleh Mahkamah Majistret Ampang. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Terra Rossa , Jijam

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan