Hina P. Ramlee, David Teo Mohon Maaf

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2016 10:28 AM

David Teo tampil membuat permohonan maaf secara bertulis menerusi laman web Metrowealth International Group (MIG) pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan terhadap Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi sebuah artikel yang disiarkan satu portal berita pada 7 Julai lalu.

David yang kini berada di Beijing, China membuat kenyataan secara bertulis itu menerusi laman web rasmi Metrowealth pada Isnin.

Menerusi kenyataan sama, David turut memohon maaf kepada ahli keluarga P. Ramlee dan seluruh penggiat seni tanah air yang terguris dengan isu yang hangat diperkatakan pada ketika ini.

"Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua terutamanya kaum keluarga Seniman Agung Tan sri P. Ramlee dan seluruh penggiat seni tanah air yang terguris dengan isu yang sedang diperkatakan sekarang.

"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin," tulisnya.

Terdahulu, ramai tidak berpuas hati dengan penerbit berkenaan apabila David dalam temubual tersebut mahu pelakon menjadi jutawan dan tidak hidup melarat sebagaimana pengakhiran kehidupan P. Ramlee.

Kenyataannya itu menyebabkan ahli keluarga Seniman Agung itu berang selain Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa agar David mengemukakan permohonan maaf secara terbuka.

Dalam pada itu, David menafikan ada mengeluarkan kenyataan seperti ditulis menerusi artikel tersebut dan menyifatkan ia sebagai salah tafsir pihak yang mendengar dan menulis artikel berkenaan.

Katanya lagi, dia tidak pernah membuat sebarang niat untuk menghina Seniman Agung itu malah menyifatkan P. Ramlee sebagai figura tiada galang ganti.

"Saya dengan ini menafikan dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang tersebar sekarang di media.

"Tidak juga terdetik sedikit pun untuk menidakkan apatah lagi menghina Seniman Agung Tan Sri P Ramlee dan karya-karya beliau.

"Saya yakin ini semua adalah salah faham dan salah tafsir pihak yang mendengar dan menulis artikel ini," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia sentiasa berpesan kepada pelakon dan pengarah dibawah naungan syarikatnya agar sentiasa berdisiplin dan berilmu supaya tidak menjadi mangsa tipu daya golongan yang ingin mengambil kesempatan.

Tags / Kata Kunci: David Teo , P. Ramlee

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan