Kerjaya Penyanyi Tidak Ganggu Tugas Sebagai Doktor - Ihab Ismail

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2016 5:45 AM

Ihab Ismail tidak melihat kerjayanya sebagai doktor perubatan menghalangnya untuk terus bergiat aktif sebagai penyanyi. Foto SS KANESAN

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi baharu Ihab Ismail yakin minatnya dalam bidang seni tidak akan menggangu kariernya sebagai doktor di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mohammad Ihab Ismail, 33, berkata, walaupun tugas sebagai seorang doktor sangat mencabar dan tidak menentu masa namun dia optimis dapat mengimbangi kedua-dua bidang itu jika bijak menguruskan masa.

"Saya minat menyanyi dan muzik tradisional sejak kecil lagi dan sebagai generasi muda saya ingin memperjuangkan irama ini seperti mana pada zaman kegemilangannya sebelum ini.

"Atas dasar itu saya tidak pernah menjadikan faktor kerjaya saya sebagai doktor menjadi penghalang untuk saya merialisasikan minat dalam bidang seni dan Alhamdulillah setakat ini semuanya terkawal," katanya kepada mStar Online.

Ihab Ismail adalah artis anak didik Noraniza Idris dan pernah memenangi Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) menerusi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik.

Dalam pada itu, Ihab berkata, dia tidak pernah bercadang untuk meninggalkan perubatan hanya semata-mata untuk bergelar penyanyi kerana bidang itu juga adalah minatnya.

Ihab berazam untuk memartabatkan muzik tradisional.

Malah kata Ihab, baru-baru ini dia baharu sahaja lulus peperiksaan peringkat sarjana bagi membolehkannya bergelar pakar dalam bidang kardiologi.

"Walaupun sibuk dengan undangan nyanyian tetapi saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada pesakit kerana menjadi doktor juga adalah impian saya.

"Alhamdulillah saya lulus cemerlang peperiksaan peringkat sarjana dan akan terus belajar bagi memastikan saya menjadi yang terbaik dalam bidang perubatan," katanya.

Sementara itu, Ihab berkata, dia sedar namanya dalam bidang seni masih belum kukuh namun tidak pernah berputus asa demi memperjuangkan irama tradisional.

Kata Ihab, dia mempunyai misi tersendiri dan berbesar hati apabila mendapat sokongan dan bantuan daripada mentornya, Noraniza Idris dalam usaha memartabatkan irama tersebut.

"Muzik tradisional semakin terhakis dikalangan anak muda dan saya ada tanggungjawab untuk mengangkat kembali ia ke tempat yang sepatutnya.

"Banyak perancangan yang telah diatur termasuk saya bakal melancarkan single terbaharu dalam masa terdekat ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ihab Ismail

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan