Raja Afiq Langgar Pantang Setiap Kali Hari Raya

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2016 4:00 AM

Raja Afiq balik raya di Pontian Johor.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Raja Afiq memberitahu dia hanya makan makanan berminyak dan terpaksa melanggar pantang iaitu dietnya pada setiap kali Hari Raya sahaja.

Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 22, berkata, perkara tersebut hanya berlaku setahun sekali dan ia tidak menjejaskan diet yang dilakukan sejak tiga tahun itu.

"Saya dulu gemuk dan tiga tahun ini saya memang jaga pemakanan dan betul-betul diet cuma pada Hari Raya sahaja saya terpaksa melanggar diet saya.

"Raya kita sambut setahun sekali sahaja dan rasa rugi pula kalau tidak makan makanan yang kita jumpa setahun sekali itu seperti lemang dan ayam masak merah," ujarnya.

Raja Afiq berkata, dia menyambut Hari Raya selama seminggu di kampung halamannya di Pontian Johor.

Sementara itu bercerita tentang Hari Raya, kebiasaanya dia akan melakukan aktiviti wajib iaitu membakar lemang bersama saudara maranya di kampung.

Katanya, suasana sambutan raya di kampung sangat meriah dan masa untuk bersama keluarga dan sanak saudara yang jarang berjumpa.

"Malam raya kami akan bakar lemang, manakala ibu saya akan masak ayam masak merah kegemaran saya. Selain itu kami akan duduk dan berborak-borak sebab masing-masing lama tak berjumpa.

"Insya-Allah tahun ini saya akan beraya selama seminggu di kampung sebelum kembali bekerja," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Raja Afiq

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan