Nora Danish Bersikap Positif Dikritik Sambut Raya Rumah Bekas Mertua

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2016 6:00 AM

Nora Danish menyambut Syawal di rumah bekas mertuanya kerana anaknya, Putera Rayqal. FotO GLENN GUAN

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish tidak lagi terkesan dengan kata-kata negatif dilemparkan kepadanya berhubung tindakan menyambut Syawal bersama keluarga bekas mertuanya setiap tahun walaupun sudah tiada lagi ikatan kekeluargaan.

Nora sebaliknya berkata, dia sentiasa bersikap positif kerana kehadirannya itu hanya sekadar membawa anak lelaki tunggalnya, Putera Rayqal berhari raya bersama datuk dan neneknya.

"Saya tidak akan sesekali memutuskan hubungan di antara Rayqal dan keluarga bekas suami kerana tiada sebab saya perlu berbuat demikian.

Nora berfikiran positif terhadap kritikan dilemparkan kepadanya.

"Apa yang orang hendak kata itu saya tidak lagi ambil peduli kerana paling penting niat saya adalah sekadar membawa Rayqal berhari raya bersama datuk dan neneknya, itu sahaja.

"Ia telah menjadi kebiasaan kerana Rayqal adalah cucu pertama dan rasanya tidak salah untuk saya berada di sana kerana saya sendiri sudah menganggap bekas ibu dan bapa mertua seperti keluarga sendiri," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Nora berkata, dia sedar akan kedudukan dirinya yang tiada sebarang ikatan dengan keluarga bekas suaminya namun apa yang dilakukan adalah demi anaknya.

"Orang yang bercakap buruk tentang saya mereka tidak pernah berada dalam situasi saya tetapi tidak mengapa kerana bukan saya minta mereka faham keadaan saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, bercakap mengenai perancangan berkahwin dengan teman lelakinya, Nedim Nazri, Nora berkata, mereka masih belum menetapkan tarikh.

Bagaimanapun kata Nora, majlis itu nanti hanya akan diadakan secara ringkas sahaja tanpa sebarang majlis resepsi memandangkan kedua-dua mereka pernah berkahwin sebelum ini.

"Majlis kecil sahaja namun buat masa ini kami tiada tarikh lagi cuma hanya merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Nora Danish

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan