Disangka Masih Bujang Bront Palarae Terima Komen Lucah

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2016 6:00 AM

Bront Palarae mengakui ada segelintir peminat yang menyangka dia masih bujang. Foto GLENN GUAN

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Bront Palarae tidak menafikan ada menerima komen berbaur lucah daripada peminat wanita di laman sosial miliknya kerana mereka menyangka dia masih bujang.

Bront, 38, bagaimanapun berkata, dia tidak mengambil serius terhadap mesej-mesej diterima atau membalas kerana dia mengetahui ia sekadar karenah peminat.

"Saya kadang-kadang terkejut juga dengan komen atau mesej yang diterima kerana ada yang berbaur lucah sehingga membuatkan saya pula berasa malu.

"Tetapi pada saya ini perkara biasa dan tidak perlu saya melayan atau melenting kerana lama-kelamaan mereka akan berhenti daripada terus menghantar mesej tidak sepatutnya," kata Bront kepada mStar Online.

Bront baharu sahaja menimang cahaya mata pertama. 

Bront dan isterinya berkahwin pada September 2013 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail dekat sini.

Dalam pada itu, Bront mengakui sikapnya yang tidak terbuka bercerita tentang hal peribadi menyebabkan ada pihak menyangka dia masih belum berkahwin.

Bront berkata, pengikut-pengikut di laman sosialnya sering bertanya mengenai perkara itu namun dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak mencampur-adukkan soal peribadi dengan kerjaya.

"Ramai sebenarnya menyangka saya masih bujang walaupun sebenarnya saya sudah pun beristeri dan saya pun tidak memberi penjelasan sebenar apabila ditanya kerana siapa yang tahu, tahulah.

"Saya selesa orang tahu tentang kerjaya saya sahaja. Bagaimanapun saya pernah jelaskan tentang status saya dan penat juga sebenarnya kalau hendak jelaskan setiap kali ditanya mengenai perkara yang sama," katanya.

Sementara itu, Bront yang baharu sahaja menimang cahaya mata dua bulan lalu memberitahu teruja bergelar seorang bapa dan kini lebih meluangkan banyak masa bersama bayinya itu.

"Seperti kebanyakan ibu-bapa lain pengalaman pertama memang menyeronokkan namun pada masa sama ia sedikit sebanyak mengajar kita menjadi individu lebih baik.

"Saya kini jika tiada apa-apa akan terus pulang ke rumah untuk bersama anak dan keluarga," katanya.

Tags / Kata Kunci: Bront Palarae

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan