Intan Ladyana Tak Bimbang Persaingan Artis Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2016 6:00 AM

Intan Ladyana tidak tergugat dengan kehadiran pendatang baharu kerana yakin setiap orang ada rezeki masing-masing.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Intan Ladyana tidak berasa bimbang untuk memulakan kembali karier seninya selepas setahun berehat walaupun perlu bersaing dengan wajah-wajah baharu yang membanjiri industri seni.

Intan, 34, sebaliknya berkata, dia tidak berasa tergugat dengan senario itu kerana percaya Allah akan memberikan ruang dan rezeki kepadanya selagi dia berusaha.

"Saya sebenarnya tidak lihat kebanjiran artis baharu sebagai penghalang untuk saya kembali aktif dalam bidang seni.

"Sebaliknya saya yakin semua orang akan ada bahagian masing-masing dan sebagai orang Islam kita kena percaya kepada rezeki yang telah ditentukan oleh Allah," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Intan berkata, dia kini akan lebih bersikap selektif terhadap tawaran diberikan kepadanya kerana sudah sampai masanya dia lebih mementingkan kualiti dan kepuasan sebagai pelakon.

Katanya, sebelum ini dia sudah puas berlakon pelbagai peranan sehingga adakalanya sering melakonkan watak sama tanpa terlalu menitikberatkan soal kualiti sesuatu karya tersebut.

"Bukan mula besikap besar kepala tetapi pada tahap ini saya perlu tapis projek yang ditawarkan kerana sebelum ini sudah banyak saya buat benda sama.

"Tiada apa yang ingin saya kejarkan lagi dan sudah tiba masanya saya lebih selektif dalam pemilihan watak kerana ingin lakonan itu dapat memberi kesan kepada penonton," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Intan berkata, dia juga sedang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan namun mengakui ia bukan perkara mudah kerana perlu tampil dengan produk atau perkhidmatan berbeza daripada peniaga lain.

"Melihat senario ramai rakan artis berniaga saya ada juga merancang untuk buka bisnes sendiri tetapi masih putuskan perniagaan apa yang ingin saya lakukan.

"Saya perlu rancang dan buat kajian dengan teliti kerana tidak mahu produk atau perkhidmatan yang disediakan sama seperti peniaga lain," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Intan Ladyana

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan