Sandra Balik Sabah, Sedia Bajet RM5,000

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2016 5:30 AM

Sandra adakan rumah terbuka pada 2 Hari Raya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi yang terkenal dengan lagu Hey Kau  iaitu Sandra memberitahu dia menyediakan bajet untuk perbelanjaan raya pada tahun ini sebanyak RM5,000 untuk keluarganya.

Sandra atau nama sebenarnya, Alessandra Dianne Ampuria, 22,  berkata, bajet tersebut termasuk menyediakan baju raya untuk ibu bapa dan empat adik-beradiknya.

"Ini meruapakan tahun kedua saya menyambut Hari Raya sebagai artis dan sudah mempunyai pendapatan sendiri, jadi tahun ini saya sediakan kira-kira RM5,000 untuk perbelanjaan raya.

"Apa salahnya kita berbelanja lebih sedikit untuk keluarga pada hari istimewa ini," ujar Sandra kepada mStar Online.


Sandra buat rumah terbuka Hari Raya kedua.

Sandra berkata dia bercuti selama seminggu di kampung halamannya di Tuaran, Sabah.

Sementara itu, dia juga bakal mengadakan majlis rumah tebuka pada Hari Raya kedua kepada sanak saudara dan jiran tetangga.

"Keluarga saya ramai ada juga yang bukan Islam dan mereka biasanya turut menyambut Hari Raya.

"Sejak menjadi artis lebih ramai keluarga yang datang menziarah dan ada di kalangan ahli keluarga menjadi peminat saya," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang pengalaman raya, Sandra berkata dia tidak boleh melupakan aktiviti mengutip duit raya dari rumah ke rumah.

Katanya, ketika itu dia masih bersekolah rendah dan berjaya mengumpul kira-kira RM200.

"Dulu kanak-kanak memang aktiviti wajib setiap kali Hari Raya, akmi akan pergi dari sebuah rumah ke rumah yang lain semata-mata untk dapatkan duit raya RM1," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Sandra , Hey Kau

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan