Suara Selebriti Tempatan Dalam 'Jurassic World' Versi Bahasa Melayu

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2016 5:30 AM

Barisan pelakon yang menjayakan filem Jurassic World versi bahasa Melayu untuk siaran HBO. Foto GLENN GUAN

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Filem aksi dan penggembaraan yang menampilkan bintang terkenal Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard iaitu Jurassic World bakal menemui penonton secara eksklusif di saluran HBO pada hari ini (Rabu).

Tambah menarik, naskhah arahan Colin Trevorrow itu turut menampilkan versi bahasa Melayu menampilkan barisan selebriti terkenal tanah air yang meminjamkan suara mereka untuk proses alih suara.

Antara selebriti yang terlibat adalah Nora Danish yang memegang watak sebagai Claire, Hisyam Hamid (Owen), Izzue Islam (Zach), Wafiy (Gray), Bront Palarae (Masrani), Fahrin Ahmad (Hoskins, Nabil Ahmad (Lowery) dan Faizal Ismail (Barry).

Nora, Hisyam, Fahrin dan Bront memegang watak penting dalam Jurassic World.
Manakala turut terlibat adalah personaliti televisyen, Syazwan Zakariah (Dr Henry Wu), Fara Fauzana (Vivian), Akhmal Nazri (Jimmy Fallon) dan Abby Fana sebagai juruhebah wanita.

Jurassic World akan disiarkan pada pukul 9 malam menerusi saluran HBO (Astro 411 dan 431).

Dalam pada itu, Ketua Jualan dan Pemasaran Affiliate HBO Asia, Yasmin Zahid berkata, Jurassic World adalah sebuah filem dengan pendapatan paling tinggi pada 2015 dan pemilihan naskhah tersebut bersesuaian untuk tontontan seisi keluarga pada Aidilfitri nanti.

Malah pemilihan barisan pelakon juga katanya dibuat dengan teliti bagi memastikan hasil versi bahasa Melayu yang ditampilkan menepati cita rasa penonton.

"Ada beberapa artis yang pernah bekerjasama dengan kami menerusi beberapa filem alih bahasa terdahulu dan ada wajah baharu menyertainya pada tahun ini.

"Syukur pasukan untuk Jurassic World adalah yang terbaik dan semua artis memberikan komitmen yang cukup mantap menjadikan alih bahasa yang dilakukan antara yang terbaik," katanya.

Kata Yasmin, proses alih suara tersebut dijalankan sejak Februari lalu dan hasil akhir dihantar kepada pihak produksi asal terlebih dahulu untuk dinilai.

"Pihak produksi asal menyukai proses yang kami lakukan dan mendapat pengasahan daripada mereka sendiri untuk menyiarkan versi bahasa Melayu itu.

Izzue Islam.
"Tanpa kerjasama daripada semua artis terlibat ia tidak mungkin menjadi kenyataan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nora berkata, dia teruja dapat terlibat dalam filem Jurassic World versi Bahasa Melayu kerana itu adalah kali pertama dia meminjamkan suaranya untuk naskhah antarabangsa.

Bagaimanapun Nora mengakui bukan mudah untuk dia melakukan proses alih suara dan mengambil masa selama dua hari menyiapkan bahagiannya yang memegang watak Claire.

"Harus saya akui melakukan proses alih suara bukan mudah dan saya mengambil masa lima jam setiap sesi selama dua hari untuk menyiapkan bahagian saya.

"Tetapi ia pengalaman baharu untuk saya kerana saya juga dapat belajar tentang lontaran vokal memandangkan suara saya yang agak halus," ujarnya.

Lain pula bagi Fahrin Ahmad yang sudah beberapa kali terlibat dalam projek alih suara bersama HBO sebelum ini menyifatkan pengalaman memudahkan proses rakaman untuk Jurassic World.

Pun begitu kata Fahrin, penelitian dan ketepatan sangat diutamakan dalam memastikan dialog yang disebut tidak lari daripada visual.

"Saya sentiasa seronok diberi peluang untuk membuat alih suara kerana ia memberi pengalaman baharu kepada saya.

"Alhamdulillah pengalaman banyak membantu saya untuk buat lebih baik dalam Jurassic World," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, antara filem lain yang turut menemui penonton HBO sepanjang Aidilfitri nanti adalah Mission Impossible: Rouge Nation dan Captian America: The Winter Soldier.

Beberapa siri terbitan HBO juga bakal dihidangkan kepada penonton pada hari sama tayangannya di Amerika Syarikat iaitu The Night Of (11 Julai), Ballers dan Vice Principals (18 Julai).
Tags / Kata Kunci: Jurassic World , HBO

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan