Farid Kamil Sokong Isteri Bergelar Penyanyi

Diterbitkan: Ahad, 3 Julai 2016 5:50 AM

Farid tidak menghalang isterinya, Diana Danielle yang ingin mencebur diri dalam bidang nyanyian.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Farid Kamil menyokong keputusan isterinya, Diana Danielle yang ingin mencebur diri dalam bidang nyanyian.

Farid, 33, berkata, sebagai suami dia ingin Diana mencapai cita-citanya sekaligus berada di tahap yang diinginkan dalam kerjayanya sebagai anak seni.

"Sebelum dia buat sebarang keputusan Diana ada bertanya dengan saya terlebih dahulu dan sebagai suami saya menyokong jika dia ingin bergelar penyanyi.

"Itu adalah cita-citanya tambahan pula dia memang minat menyanyi jadi kenapa saya perlu menghalang.

Diana Danielle.

"Ini peluangnya untuk meningkatkan dirinya sebagai anak seni ke tahap lain," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Farid berkata, dia juga ada menasihati Diana agar melakukan persediaan yang mencukupi agar kemunculannya itu dapat memberi kesan.

Jelas Farid, dia tidak mahu isterinya itu sekadar melepaskan batuk ditangga yang pada akhirnya memberi kesan buruk kepada kariernya.

"Saya pesan kepadanya jika hendak menyanyi berikan yang terbaik dan lalukan persediaan rapi.

"Alhamdulillah setakat ini saya lihat dia begitu bersungguh-sungguh dan melihat contoh resepi kejayaan penyanyi lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Farid yang dilihat semakin susut memberitahu kesibukan berada dilokasi dan berpuasa menyebabkan dia hilang berat badan.

Malah katanya selepas Aidilfitri dia bakal memasuki set penggambaran filem Pinjamkan Hatiku arahan Osman Ali yang menggandingkan dirinya bersama Ayda Jebat.

"Hendak kata saya diet pun tidak kerana saya memang seorang yang jaga pemakanan tetapi mungkin kerana puasa dan kerja yang tidak putus-putus menyebabkan berat badan saya menyusut sedikit," katanya.

Tags / Kata Kunci: Diana Danielle , Farid Kamil

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan