Dahlan Zainuddin Dimasukkan Ke Hospital Kerana Serangan Angin Ahmar

Diterbitkan: Ahad, 3 Julai 2016 1:22 PM

Dahlan Zainuddin kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi era 70-an, Datuk Dahlan Zainuddin, 75, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada pagi Sabtu selepas diserang angin ahmar awal pagi Rabu lalu di Perlis.

Anaknya Athinia Imezs, 21, berkata, bapanya rebah ketika berada di Perlis untuk menghadiri undangan berbuka puasa bersama anak yatim dan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah pada Khamis. 

"Ayah berada di Perlis untuk undangan berbuka puasa dan dia diserang angin ahmar kira-kira pukul 5 pagi Rabu ketika ingin ke tandas. Dia kemudian dibawa Hospital Perlis pada Khamis.

"Kemudian pada Jumaat rakan-rakannya bawa balik ayah ke rumah terlebih dahulu sebelum kami membawanya ke Hospital Kuala Lumpur semalam (Sabtu)," ujarnya.

Athinia berkata, bapanya mengalami serangan angin ahmar yang mengakibatkan sebelah kiri anggota badan tidak boleh bergerak.

Bagaimanapun, katanya, doktor masih lagi membuat pemeriksaan terhadap tahap angin ahmar yang dialami oleh bapanya itu.

"Sebelah kiri badan tidak boleh bergerak tapi ayah boleh bercakap walaupun dalam keadaan lemah.

"Doktor masih lagi buat pemerikaan untuk mengetahui tahap angin ahmar tersebut," ujarnya.

Dahlan sebelum ini pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada September 2005. 

Selain itu, beliau pernah dijangkiti kuman pada paru-paru sehingga dimasukkan ke hospital pada Mac 2015.

Dahlan pernah popular dengan lagu Kisah Seorang Biduan dan pernah berlakon menerusi filem bersama Gaya Zakry menerusi filem Kisah Seorang Biduan.
Tags / Kata Kunci: Dahlan Zainuddin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan