Syuhada Harap Diterima Selepas Enam Tahun Menghilang

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2016 5:20 AM

Syuhada kini promosi single Tanpa Kamu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Penyanyi baharu Syuhada berharap kemunculannya buat kali kedua selepas enam tahun menghilang dari industri hiburan tanah air diterima masyarakat.

Syuhada atau nama sebenarnya Wan Shuhada Md. Amin 20,  yang merupakan Juara Bintang Kecil 2008  ini memberitahu terpaksa memerlahankan kerjaya seni pada waktu itu bagi menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

"Dulu ketika memenangi program Bintang Kecil 2008 saya masih di bangku sekolah, jadi banyak rancangan yang diaturkan tidak dapat dilaksanakan kerana waktu sekolah saya.

"Namun saya tidaklah berhenti terus daripada nyanyian cuma tidak banyak publisiti dan muncul di televisyen sahaja," ujarnya.

Syuhada ditemui pada sidang media Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM 22), pada Rabu.

Syuhada dulu dikenali sebagai Wada Bintang Kecil.

Selain itu, penyanyi yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman Suria Records juga menukar namanya kepada Syuhada daripada Wada yang digunakan ketika program tersebut.

"Saya juga menukar nama kepada Syuhada daripada Wada ketika menyertai program Bintang kecil itu, namun ramai yang menyapa saya sebagai Wada setiap kali membuat persembahan.

"Saya dan syarikat rakaman membuat keputusan untuk tukar nama bagi memberi imej dan penampilan baru kepada kemunculan saya kali ini," ujarnya.

Sementara itu, Syuhada berkata, dia turut diberi peluang untuk bertanding di program D'Academia Asia di Indonesia bersama Shiha Zikir dan Mimi One Nation Emcee pada Disember lalu.

Katanya, pengalaman tersebut terlalu berharga kerana dapat bersaing dengan penyanyi bukan sahaja Malaysia malah negara asia yang lain.

"Pada awalnya saya hanya cuba nasib untuk menjadi artis di bawah Suria Record dan tidak sangka tiba-tiba mereka panggil saya untuk ujibakat ke pertandingan D'Academia Asia.

"Itu memang satu pengalaman berharga yang saya ambil biarpun hanya layak ke pusingan Top 8 sahaja," ujaranya.

Dalam pada itu, Syuhada yang kini sedang mempromosikan lagu Tanpa Kamu ini mengakui persaingan artis-artis baharu agak sengit.

Bagaimanapun, katanya, dia yakin kemampuannya menyanyikan semua genre lagu dapat memberi kelebihan buat dirinya berbanding artis baharu lain.

"Sekarang semua orang boleh jadi artis dengan mudah terutama munculnya pelbagai aplikasi, namun apa yang penting ialah bakat sebenar seorang artis itu.

"Saya yakin kebolehan saya menyanyi semua genre lagu mampu memberi saingan juga kepada rtis baru yang lain," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Syuhada , Suria Records

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan