Jenazah Pelakon Veteran Aziz Singah Selamat Dikebumikan Di Rembau

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2016 1:20 PM

Isteri pelakon veteran Allahyarham Datuk Abdul Aziz Singah, Datin Zunita Mohamed menyiram air mawar di pusara suaminya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bongek Acheh pada Sabtu. Allahyarham, 75, meninggal dunia di Institut Kanser Negara kelmarin akibat penyakit kanser prostat. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

REMBAU: Jenazah pelakon veteran Datuk Abdul Aziz Singah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bongek Acheh dekat sini, Sabtu.

Allahyarham tiba di sini pada kira-kira 11 pagi selepas disembahyangkan di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pada 8 pagi tadi.

Jenazah kemudiannya disembahyangkan sekali lagi di Masjid Kariah Kampung Bongek sebelum dikebumikan sebelah pusara ibunya.

Abdul Aziz, 75, meninggal dunia akibat kanser prostat di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor kira-kira 11.30 malam tadi.

Kira-kira 250 orang terdiri daripada anggota keluarga, saudara mara dan rakan artis dan pengiat seni tanah air hadir di tanah perkuburan itu.

Anak Aziz Mohamed Haikal, 21, membaca doa ketika mengimamkan solat sunat jenazah bapanya di Masjid Kariah Kampung Bongek.

Antara rakan artis yang hadir ialah pelakon S. Sahlan, artis veteran Sharifah Aminah Syed Abdullah, Amran Aman Ramli atau Amran Tompel dan rakan seangkatan Allahyarham, Datuk Amin Khan.

Turut hadir Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman.

Abdul Aziz yang popular pada era 1980-an pernah membintangi beberapa drama dan filem seperti PJ Holding, Sate, Maria Mariana dan Impian serta pernah menjadi presiden Persatuan Seniman Malaysia.

Sementara itu, rakan artis menyifatkan Allahyarham semasa hayatnya sebagai seorang rakan yang baik, penyayang dan prihatin dan pemergiannya merupakan kehilangan kepada industri perfileman tanah air.

S. Sahlan, 74, ketika ditemui Bernama berkata beliau mengenali arwah sejak tahun 1960-an lagi dan merupakan rakan paling lamanya.

Sebahagian anggota keluarga, sahabat handai dan orang ramai yang menghadiri upacara pengkebumian.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah ialah pada bulan lepas.

"Dia ini seorang yang sangat gigih bekerja dan cekal menghadapi cabaran namun saya terkilan kerana arwah tidak cerita sakit yang dihidapinya sehinggalah saya diberitahu ia telah memasuki tahap empat.

"Pada saya, arwah seorang yang sangat ceria, berfikiran terbuka dan jarang sekali nak melihat dia marah-marah. Kehilangannya amat dirasai," katanya.

Timbalan Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) Rahim Jailani pula menyifatkan pemergian arwah sebagai kehilangan besar kepada industri lakonan tanah air.

"Saya kenal arwah pada tahun 1980-an di RTM (Radio Televisyen Malaysia).

Gambar kenangan Datuk Aziz Singah ketika mendapatkan rawatan penyakit kanser yang dihidapinya sambil ditemani isteri, Datin Zunita Mohamed. Foto Ihsan Utusan Malaysia.

"Beliau seorang yang mudah didekati dan mesra dan selalu beri nasihat pada rakan-rakan artis-artis lain.

"Arwah juga aktif memberi nasihat kepada persatuan ini. Saya berasa amat sedih dengan kehilangannya," katanya.

Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zulkifli Mohamad atau Zack Kool pula menyifatkan arwah sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam kerjayanya.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Zunita Mohamed dan enam orang anak kesemuanya lelaki.

Tags / Kata Kunci: Datuk Abdul Aziz Singah

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan