Hajat Zulin Aziz Jadi Penyampai Radio Akhirnya Terlaksana

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2016 5:45 AM

Zulin teruja untuk memulakan tugas sebagai penyampai radio Suria FM. Foto LOW PAY PHOON

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz memberitahu dia menerima tawaran sebagai penyampai radio di Suria FM kerana pihak pengurusan stesen radio itu mahu dia menjadi dirinya sendiri ketika bersiaran di studio.

Zulin, 26, berkata, perkara itu amat penting baginya kerana dia perlu berasa selesa ketika berinteraksi bersama pendengar dan bukannya melakukan sesuatu atas arahan pihak lain.

"Jujurnya apabila saya berjumpa dengan pihak pengurusan Suria FM, mereka mahu saya menjadi diri sendiri dan saya terus bersetuju.

"Sekiranya mereka meminta saya mengubah diri saya yang santai kepada serius mungkin saya akan berfikir dua kali sebelum menerima tawaran tersebut kerana saya tidak mampu memenuhi permintaan tersebut.

Zulin bergandingan dengan Halim Othman dan Fizi menerusi segmen Ceria Pagi Suria.

"Alhamdulillah dengan kebebasan itu boleh membantu saya mencari rentak untuk menarik perhatian pendengar," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu pada Khamis, Suria FM mengumumkan empat wajah baharu menyertai stesen milik Star Media Group itu berkuatkuasa pada 1 Julai (hari ini).

Selain Zulin, tiga lagi penyampai baharu stesen itu adalah Tyzo, Fizi dan Suraya.

Zulin bakal bergandingan dengan Fizi dan Halim Othman menerusi segmen Ceria Pagi Suria manakala Tyzo dan Suraya akan mengendalikan segmen Ceria Petang Suria.

Dalam pada itu, Zulin berkata, dia memang meminati bidang penyiaran radio dan menganggap karier baharunya itu sebagai rezeki bulan Ramadan.

Selain Zulin, tiga lagi penyampai baharu di Suria FM adalah Suraya, Tyzo dan Fizi.

Malah dia lebih yakin menerima tawaran tersebut kerana sebelum ini pernah bertindak sebagai deejay pengganti di stesen radio Hot FM dan Sinar FM.

"Saya memang sudah lama minat dengan bidang radio tetapi sebelum ini tumpuan saya lebih kepada lakonan membuatkan hasrat itu terbantut.

"Bagaimanapun sejak kebelakangan ini saya tidak terlalu fokus kepada lakonan dan lebih banyak sebagai pengacara dan apabila tawaran ini datang saya fikir ini masa sesuai untuk memenuhi impian bergelar penyampai.

"Alhamdulillah pengalaman yang sedikit sebelum ini membuatkan saya yakin dapat melakukannya," kata Zulin.

Tyzo dan Suraya kendalikan segmen Ceria Petang Suria.

Sementara itu, Zulin berkata, dia tidak bimbang sekiranya tawaran daripada stesen lain akan berkurangan selepas bergelar penyampai radio kerana yakin rezeki itu daripada Allah.

"Sebab itu saya menekankan tentang menjadi diri sendiri kerana ia tidak akan ada pada orang lain.

"Jika hanya kerana pihak lain tidak mahukan khidmat saya itu kerana mereka boleh cari pengganti yang sama dengan saya.

"Tetapi jika saya tetap diambil, ia tanda saya tidak sama dengan orang lain dan ia juga berbalik kepada rezeki," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Suria FM , Zulin Aziz

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan