Zahid (AF) Kurangkan Berat Badan Untuk Jual Makanan Sihat

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2016 5:45 AM

Zahid ingin ceburi bidang perniagaan makanan sihat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Zahid (AF) sedang berusaha untuk mengurangkan berat badannya bagi mempersiapkan diri dalam bidang perniagaan makanan sihat.

Ahmad Zahid Baharuddin, 36, berkata, setakat ini diet yang diamalkan sejak sebulan lalu sudah berjaya menurunkan sebanyak enam kilogram beratnya.

"Saya memang dalam perancangan untuk menceburi bidang bisnes tapi kalau boleh saya tidak mahu bisnes yang menjadi trend artis sekarang.

"Saya merancang untuk menceburi bidang makanan sihat tapi sebelum itu saya perlu sihat dan kurus, nanti orang persoalkan pula kenapa saya jual tapi tidak amalkan.

"Alhamulillah sebelum puasa saya sudah mulakan diet sihat ini dan berat badan sudah kurang enam kilogram daripada 96 kilogram kini 90 kilogram," ujarnya.

Zahid berjaya turunkan enam kilogram berat badannya pada Ramadan.

Tambah Zahid, dia lebih yakin untuk menceburi bidang makanan itu selepas melihat rakannya yang sudah berjaya dalam bidang berkenaan.

Katanya, ia bukan sahaja bagus untuk pelanggan, malah baik untuk kesihatannya sendiri.

"Saya bimbang juga dengan keadaan berat badan yang semakin meningkat, jadi saya fikir perlu mula dari sekarang dengan menjaga pemakanan.

"Setidak-tidaknya jika saya menjual makanan sihat, saya sendiri akan mengamalkannya untuk kesihatan saya juga," ujarnya.

Bagaimanapun, Zahid berkata, dia tidak mengimpikan untuk mendapatkan badan sasa seperti kebanyakkan selebriti lain.

Katanya, kerjaya dua sebagai penyanyi hanya memerlukan dia mempunyai stamina yang cukup dan kesihatan yang baik bagi menjaga suara.

"Saya tidak mahu pergi gimnasium kerana ramai yang ke sana untuk buat badan, kalau pelakon mungkin perlu supaya sentiasa nampak cantik di televisyen.

"Bagi penyanyi cukuplah sekadar berpenampilan menarik dan cukup stamina untuk suara," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Zahid AF

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan