Tiga Jenis Kuih Raya Jadi Kegilaan Remy Ishak

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2016 5:44 AM

Remy Ishak memberitahu kuih kegemarannya pada hari raya adalah tat nanas, almond london dan semperit.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Remy Ishak memberitahu tiga jenis kuih yang menjadi kegilaannya pada Hari Raya adalah tat nanas, almond London dan semperit.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, 34, berkata, tiga jenis kuih raya itu mampu dihabiskannya berbalang-balang tanpa sedar kerana makanan berkenaan anatara yang mempu membuka seleranya setiap kali Aidilfitri.

“Kalau sesiapa tahu saya nak datang beraya, pesan saya tolong sorok ketiga-tiga kuih ini kerana saya akan makan dengan kuantiti yang banyak tanpa sedar dalam waktu yang singkat sahaja.

“Pernah waktu kecil dulu sambil menonton televisyen saya habiskan kuih-kuih ini  membuatkan saya dibebel oleh emak.

"Bila ingatkan semula kenangan tu, saya boleh tersenyum sendiri,” katanya kepada mStar Online.

Remy Ishak.

Berkongsi tentang persiapan dan sambutan rayanya pula, Remy bercadang untuk bercuti selama seminggu dan  akan pulang ke kampung halamannya di Masjid Tanah, Melaka.

“Lazimnya itulah rutin bila tiba Hari Raya selagi masih berstatus solo ni. Kami sekeluarga akan berkumpul dan sama-sama menyiapkan juadah seperti rendang ayam, lontong, nasi himpit dan lemang.

“Mengikut pengalaman raya sudah-sudah, tetamu yang bertandang memang ramai dan di situlah makna 'open house' yang sebenar pada saya tanpa perlu mengadakan satu hari khas untuk tujuan itu,” katanya.

Tambahnya lagi, dia akan peruntukkan RM1,000 untuk  kanak-kanak kerana baginya selain menjadi satu budaya di musim perayaan, pembahagian duit raya adalah sebagai satu sedekah.

“Kena ingat duit raya hanya untuk kanak-kanak. Orang dewasa dikecualikan ya,” katanya berseloroh.

Bagaimanapun kata Remy, sehingga kini dia belum membuat apa-apa persiapan termasuk membeli pakaian raya kerana lebih selesa melakukannya pada saat-saat akhir untuk mendapatkan lebih mood menyambut raya.

Berkongsi sisi kerjaya seninya pula, Remy bersyukur kerana pada Hari Raya nanti banyak karyanya akan ditayangkan di televisyen antaranya 'Tercipta Untukku', 'Bila Artis Balik Beraya' dan 'Rumi & Jawi'.

Tags / Kata Kunci: Remy Ishak

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan