Asfan Dedikasikan Kasih Menerusi Lagu Buat Isteri

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 5:37 AM

Asfan mencipta lagu berjudul 143 (Aku Cinta Kamu) khas buat isterinya, Ain Sakinah. Foto SS KANESAN

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Asfan menyifatkan lagu terbaharu ciptaannya berjudul 143 (Aku Cinta Kamu) sangat istimewa kerana ia didedikasikan khas kepada isteri tercinta, Ain Sakinah.

Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, 32, berkata, ia adalah hadiah kepada wanita itu yang banyak berkorban untuk mereka sekeluarga selain tanda kasih kepada isterinya itu.

"Sejak kebelakangan ini saya jarang dapat menghabiskan masa berkualiti bersama isteri dan anak-anak kerana terlalu sibuk dengan karier seni.

"Lagu berkenaan saya tulis sebagai tanda kasih saya kepada isteri dan ia karya saya paling istimewa," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Asfan berkata, dia telah menghasilkan melodi lagu tersebut yang berentak rancak beberapa tahun lalu namun idea menulis lirik hanya datang baru-baru ini.

Asfan kini sibuk menyiapkan album sulungnya.

Kata Asfan, lirik lagu tersebut tidak mempunyai sebarang maksud tersirat sebaliknya ia seperti surat cinta kepada Ain dalam memperingati kisah cinta sehingga mereka berkahwin.

"Saya tulis lirik hanya dalam masa satu hari sahaja kerana gambaran dan memori tentang kami berdua sudah ada dalam kepala.

"Bagaimanapun dia langsung tidak tahu saya menulis lagu berkenaan untuknya dan saya berjaya merahsiakan daripadanya sehingga lagu berkenaan siap," ujarnya.

Tambah Asfan, dia memperdengarkan lagu tersebut ketika mempelawa isterinya ke studio dan dia terharu dengan tindakan itu.

"Tidaklah sampai dia menangis tetapi jelas daripada wajahnya dia sangat terharu selain memberitahu dia juga cintakan saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Asfan berkata, dia kini sedang sibuk menjalani proses rakaman album sulungnya yang dijangka akan dipasarkan pada penghujung tahun ini.

Tags / Kata Kunci: Asfan , 143 (Aku Cinta Kamu)

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan