Isteri Sertai Sukarelawan, Zaibo Jadi 'Suri Rumah'

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2016 5:27 AM

Zaibo bersama cucu tirinya. Foto Facebook Zaibo Hawa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon veteran Zaibo kini mengalas tanggungjawab sebagai 'suri rumah' sejak lapan bulan lalu bagi memberi peluang kepada isterinya, Siti Hawa untuk berkhidmat sebagai sukarelawan dengan sebuah agensi kerajaan.

Zaibo atau nama sebenarnya,Zainal Ariffin Abd Hamid, 60, berkata, dia berkorban menjaga lima anak tiri yang masih bersekolah berikutan isterinya sering diminta untuk terlibat menyertai misi bantuan dalam dan luar negara.

"Sejak lapan bulan yang lalu saya menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga anak-anak kerana saya beri peluang kepada isteri untuk melakukan perkara yang dia suka.

"Dia dipilih untuk menjadi sukarelawan sebuah kementerian bagi menyertai misi-misi tertentu.

"Pada awalnya dia berat hati juga untuk terima, namun saya galakkan dia pergi dan saya bersedia mengambil alih tugasnya menjaga anak-anak," ujarnya kepada mStar Online.

Zaibo ditemui pada majlis sumbangan anjuran Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) sempena menyambut Aidilfitri.

Zaibo berkahwin dengan Siti Hawa pada 3 Disember 2010.

Zaibo kini menetap di Rengit, Batu Pahat, Johor selepas berkahwin dengan ibu tunggal beranak sembilan iaitu Siti Hawa Shawal, 51, pada 3 Disember 2010.

Sementara itu, Zaibo berkata, dia tidak berasa malu digelar suri rumah, malah menghargai setiap detik membesarkan lima orang anaknya itu.

"Saya tahu mungkin akan ada rakan artis yang pandang serong kepada saya, tapi saya tidak peduli janji saya bahagia dengan apa yang saya lakukan sekarang.

"Saya bersyukur dan menganggap ia merupakan peluang yang Allah bagi untuk merasai tanggungjawab sebagai bapa kepada lima orang anak dan saya melakukannya dengan cara saya sendiri," ujarnya.

Sementara itu, ditanya hubungannya dengan sembilan anak tiri, Zaibo berkata, empat daripadanya sudah dewasa dan tinggal di Kuala Lumpur.

Manakala, lima orang yang masih bersekolah sudah menerima dirinya seperti ayah mereka sebenar.

"Sekarang memang hubungan saya dengan lima orang anak ini sangat rapat, tidur pun mahu sekatil semuanya.

"Malah anak yang kecil itu sentiasa bertanya saya jika dia ingin menukar nama bapanya kepada nama saya bila sudah dewasa," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Zaibo

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan